Friday, April 6, 2007

Korupsi

(dr fs blog)

Ke mana arah sistem pendidikan negara kita ni..

Siapa yang menjadi mangsa sistem pendidikan negara yang tak pernah tetap pendirian dalam menuju wawasan 2020 ni... generasi akan dtg jugak.. dari dulu macam macam NGO pihak membantah penggunaan bahasa inggeris dalam pembelajaran di sekolah.. tak kira melayu ke cina ke india ke..apalah.. mana pergi bahasa melayu.. bahasa melayu bahasa ibunda tanah melayu yang dipertuankan org melayu makin hari makin rosak dan lupus. . alasan guna bahasa inggeris nak maju cepat.. tapi yg dipertaruhkan bahasa ibunda sendiri.. berdasarkan pengalaman aku sendiri.. pemikiran org atasan malaysia ni hanya berdasarkan instant benefits lah.. tu aku dah masukkan bahasa inggeris tu.. entahlah.. secara tak sengaja pulak.. aku bagi contoh yang mudahlah.. kita sedia maklum kita negara kita dapat buat kereta lebih kurang 20 tahun yang lalu.. cayalah .. the point is selepas 15 tahun buat kereta pon.. enjin pun tak dapat buat lagi.. arghh.. semuanya beli teknologi dari luar.. memang tak salah beli dari luar.. tapi takkan sampai kiamat nak beli teknolgi dari luar.. kelemahannya ialah kenapa tidak ada penyelidikan yg detail dalam setiap sektor atau bidang tu. cthnya kita ada `board of engineers`.. pergh.. bunyi sedap .. golongon professional katakan.. disini bukan aku nak condemn BEM ni.. BEM adalah golongon macho dalam malaysia yang sebenarnya golongon yang berjasa dlm malaysia sejak 1972 lagi. Cita cita aku pun nak join diorang.. aku ambik mech.eng so kalo balik malaysia tak diiktiraf diorg .. u got nothinglah.. kerja kat overc lah jawabnya.. tak pun jadi usahawan ke.. hish aku dah lari dari point dah ni.. ok back to the point... the point is yang menjadi kelemahan BEM ni ialah corrupted politics.. what would u do if u r in the middle of corrupted politics... ko just jadi mangsa keadaaanlah.. tapi sebenarnya BEM mana ada kaitan dgn politik langsung.. saja buat gimik...tak taulah setakat ni kita orang bawahan je.. Minded pemimpin kita ni mereka kurang suppport buat research contohnya buat enjin kereta.. sampai sekarang tiada lagi enjin 100% kita buat sendiri.. semuanya dibeli dah dipasang di Malaysia sahaja .. aku pun tak tau engineer kita ni pandai ke tak pandai buat enjin kereta.. sebab apa kita beli je teknologi.. aku rasa bukan sebab kita tak mampu .. tapi ntahlah..tgk apa jadi dengan PROTON.. argh.. sedih rasanya.. main tukar tukar pemegang saham je.. PROTON setakat ni tak mampu berdaya saing dgn luar lagi.. aku tabik spring lah kat HYUNDAI ngan KIA kat korea ni.. kenapa dirong power dah kita tak boleh power ..arghhhh.. diorg `pow `teknologi luar buat research.. keluarkan produk sendiri.. kalo tak jadi adjust lagi sampai power.. maka jadi power.. tak ke hebat tu... argh..

letihlah taip.. lain kali pulak lah.. `Tiada korupsi tinggi kualiti`

Saturday, March 31, 2007

Masa Depan Bahasa Melayu

Apa sudah terjadi kepada bahasa Melayu sekarang? Semua pemimpin negara, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli koporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siaran televisyen, dalam mesyuarat, hatta sesama mereka di mana-mana pun. Pada masa kepimpinan Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir, Hussein Onn, apa lagi Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu disanjung tinggi. Jarang sekali kita dengar para pemimpin itu bertutur bahasa Inggeris! Di sekolah sehingga ke universiti mulai tahun hadapan akan menggunakan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Sedangkan dalam tahun-tahun 80an bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar hingga ke universiti. Di manakah jadi diri dan maruah bangsa dan pemimpin negara kita? Bukankah negara-negara maju seperti Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis, Rusia dan Itali begitu memartabatkan bahasa ibunda negara masing-masing. Begitu juga negara-negara tetangga kita Thailand dan Indonesia, begitu kukuh memartabatkan bahasa ibunda mereka. Mengapa negara kita yang suatu ketika dulu dijajah oleh Inggeris, setelah merdeka bersusah-payah mermartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara sehingga ke universiti, sekarang ini kembali menggunakan bahasa Inggeris? Apakah negara ini telah dijajah kembali? Dan penjajah itu bukankah bangsa kita sendiri? Apabila melihat kepada keadaan tersebut, ramai para cendikiawan Melayu (lebih 50 orang Profesor dan Doktor persuratan Melayu) mengadakan beberapa kali kongres iaitu Kongres Bahasa dan Pendidikan Melayu, Kongres Agenda Melayu, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke IX memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu, akan tetapi terdapat di antara kongres itu, hanya dua hari setelah resolusi yang dikirimkan kepada kerajaan ditolak mentah-mentah oleh kabinet! Apa sudah jadi kepada pemimpin-pemimpin kita itu? Ternyata sekali mereka begitu ego, angkuh dan sombong didak mahu menerima pendapat rakyat terutama sekali bangsa Melayu! Sebenarnya tidak semua pendapat mereka benar dan betul. Sebagai contohnya, dalam masa Tan Sri Khir Johari (allahyarham) sebagai Menteri Pelajaran, pelajaran jawi dimansuhkan. Akibatnya kebanyakan anak-anak bangsa kita kini tidak dapat membaca dan menulis jawi! Bukankah pelajaran jawi itu sebagai asas utama untuk membaca Al-Quran? Sedangkan bangsa Cina dan India begitu kuat mempertahankan tulisan masing-masing. Tidakkah orang Melayu berasa malu di negaranya sendiri tidak mempunyai tulisan sendiri? Kebanyakan penduduk negara kita sekarang terutama bangsa Melayu kira-kira 75% tinggal di kawasan luar bandar tidak dapat memahami bahasa Inggeris. Jika pemimpin kita menggunakan bahasa Inggeris dapatkah mereka memahami maksudnya? Kita amat malu kepada rakyat negara tetangga kita yang sering bertanya apakah Malaysia sebuah negara Inggeris? Sebab itu untuk mengembalikan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, sebagai bahasa jati diri dan maruah bangsa, suatu sahaja yang perlu kita lakukan iaitu secara nekad: Kerajaan yang ubah ada ubah dasar pendidikanlah.. (sengal betullah.. kalau tak nak ubah kerajaan... hish..위험 giler bunyi..takut takut..). Kita sering mendengar ucapan daripada Datuk Seri Anuar Ibrahim “Kembali Kepada Bahasa Melayu”. Sewajarnya rakyat negara prihatinlah kepada apa yang berlaku terhadap bahasa Melayu kerana bahasa adalah jiwa bangsa. Lenyap bahasa lenyaplah bangsa. Pemimpin kita kini sudah tidak mempedulikan lagi bahasa Melayu. Mereka begitu kuat dengan pengaruh koporat, mesti menggunakan bahasa Inggeris untuk menghadapi globalisasi. Apakah bangsa-bangsa yang maju itu tidak menghadapi globalisasi? Semua persoalan itu akan menjadi catatan sejarah untuk negara kita suatu hari nanti, andaikata bangsa Melayu ketinggalan dalam lapangan pendidikan dan kehidupan kerana dikuasai bahasa Inggeris. Sejarah tidak dapat dipadam sampai bila-bila!Berubahlah.. sedarlah bangsa Melayu semua,demi bahasa ibunda kita yang tercinta buatlah sesuatu..앗싸..!

Friday, March 30, 2007

Makna di sebalik April Fool

“HARI pertama setiap April adalah hari yang perlu diingati berbanding baki 364 hari lagi,’’ kata penulis terkenal Amerika, Mark Twain.

Kesimpulan yang paling mudah daripada kenyataan Mark Twain tersebut tarikh 1 April setiap tahun itu ialah hari untuk usik-mengusik, bergurau-senda atau tipuan olok-olok. Tidak akan ada yang akan marah atau berkecil hati.

Tarikh itu digelar dengan pelbagai nama. Paling umum ialah April’s Look Day. Ada yang memanggilnya dengan April Mop dan di Scotland ia seringkali dikenali sebagai April Gowk.

Walau apapun panggilannya, motif tetap sama. Setiap kali menjelang 1 April, biasanya banyak di antara kita akan begitu sibuk dan terikut-ikut dengan budaya Barat serta bersiap-sedia untuk merayakannya.

Kita merancang untuk menipu orang lain, sahabat atau saudara terdekat. Budaya tersebut begitu erat melekat, seakan-akan pada 1 April tersebut, kita boleh berbuat dosa.

Namun, apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada.

Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.

Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar.

Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H.

Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya.

Saya pernah membaca satu pendapat menarik oleh sejarawan Peter Gay dalam bukunya The Cultivation of Hatred yang menyentuh banyak aspek tentang budaya.

Antara lain, Gay menulis; `kesulitan terbesar ialah mengikis sesuatu peristiwa yang telah diterima oleh masyarakat sebagai amalan seharian mereka (budaya).

Beberapa sejarawan lain menganggap pendapat Gay tersebut disebabkan oleh ketaksubannya terhadap teori-teori psikoanalisis oleh Sigmund Freud dan Jacques Lacan hingga beliau melihat proses itu sebagai kandungan kesedaran manusia.

Gay berkesimpulan, setiap lapisan sosial akan membangunkan hegemoni kebudayaan masing-masing dengan tujuan mengatasi kelompok atau etnik lain. ‘Kemenangan’ akan diperoleh selepas kelompok lain menerima budaya yang dikembangkan.

“Kebanggaan terhadap etnik dan kecemasan etnik dalam banyak hal tidak boleh saling dibezakan. Lama kelamaan etnik yang tidak dominan terpaksa menerimanya menjadi satu sikap atau budaya mereka,’’ kata Gay.

Perspektif yang sama turut diutarakan oleh penulis Marxis Itali, Antonio Gramsci dalam koleksi catatannya yang dibukukan, Selections of Prison Notebooks.

Gramsci antara lain berpendapat, hegemoni budaya, selain ekonomi dan sosial adalah salah satu bentuk penjajahan baru ke atas kaum proletarian oleh kelompok borjuis.

Jika pendapat Gay dan Gramsci ini diambil kira, April Fool merupakan salah satu kekalahan masyarakat kita terhadap hegemoni budaya oleh Barat.

Kadang-kadang perspektif bahawa apa sahaja dari Barat dianggap moden. Lalu, masyarakat kita tanpa menapis dan memperincinya terus menerima sebagai budaya. Sehubungan itu, jangan terlalu mempercayai kata-kata Mark Twain bahawa 1 April setiap tahun adalah hari perlu diingati.

Friday, September 1, 2006

muncul kembali

aku rasa memang dah lama sangat aku tak menaip benda haram jadah ni.. berbulan bulan pulak rasanya... oh stak. dah 1 tahun 1 bulan .. haha.. lame gak....lagipon aku tak minat sgt blog ni.. ni kira dah tak tau nak buat apa dah selain main game... kira oklah tu... sekurang kurangnya aku dapat bermuhasabah diri.. eceh.. aku nak tye kat sesape yg baca ni... mengapa orang tulis blog.. haaa,, tu sepertu blog aku yg sebelum ni aku kate sume ni adalah monolog dalaman.. atau kekadang tu ade sesetengah org buat mende ni sebagai luahan perasaan.. eceh.. geli aku dgr... tapi bg pendapat aku ni kire cam lepaskan ape yg nak dikatakan,,, jadi byklah topik dalm blog ni yg boleh ditulis... dan satu aku nak tye kenapa korang baca blog org lain... haha,, aku tau.. korang memang dah takde keje lain... nak study takde mood lah tu.. takpon korang cuti atau ni hobi korang atau ape ape jelah.. tatkala aku menaip ni aku agak panas ngan laptop member aku yg tgh berfoya foya ngan member korea die... ehh.. jgn salah paham die jejalan ngan member korea die... laptop die dah lah takde antivirus... hang -hang stuck pulak... arghh... maka dah takde mood aku nak tulis panjang lagi... oh... tatkala aku taip apa yg aku sendiri tak tau nak taip ape.. jam pulak 1.14 pg 2 sept 2006 kat bilik aku hostel dongyang.. seoul.. yg ade 12 juta org penduduk.. pergh.. kuala lumpur je baru ada 3-4 juta org .. memang busy lah... kalo nak buat blog yg mantap jgn taip panjang 2 nanti org bosan... so chow cincau

Saturday, August 6, 2005

The very beginning...

12421652060766l_1 2003.. the final year when i was in form 5 Sultan Haji Ahmad Shah Science School .. called SEMSAS ..Kuantan Pahang ..Malaysia i mean.. yeah.. they were all my classmates... 진짜 보고 싶다..means i miss them...고등학교때 보통 학생이 이렇게 될거야..biase ah.. nak membesarkan..from a baby to kid..teenager..adult ..노인.. and then kembali ke rahmatullah..insyallah kalau panjang hidup.. that`s what we call it life.. 생명.. dalam bahasa melayunya kehidupan yang fanalah lebih tepat.. so dalam menuju something like 원하는 성공 tu ..pendek kata kejayaanlah.. masing-masing ikut haluan sendirilah.. alhamdulilah.. i`m in korea right now.. 한국어를 배우러 왔다...다음에 공학분야를 나라를 위하여 최선을다 하겠습다...insyallah.. 내근무이다...tugas penting ni...demi agama bangsa dan negara.. aku tak koya ye... ni betul ni.. buat member semsas ler..