Tuesday, December 16, 2008

Bahasa Ibunda-ku

Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan.

Namun, tidak pula yang bercakap tentang bahasa Melayu sebagai bahasa yang menjadi tunjang dalam memperoleh kemajuan. Sedangkan bahasa Melayu telah digunakan begitu meluas sebagai salah satu cabang dari bahasa-bahasa Austronesia oleh sekitar 300 juta penutur dalam gugusan pulau-pulau Melayu-Polinesia.

Dalam membina bangsa yang berjaya dan berdaya saing perlu juga diambil kira relevansi dalam sesuatu tindakan. Penialian tersebut perlu dibuat dalam konteks yang meluas dan bersifat jangka panjang serta tidak sempit kepada matlamat yang terbatas dan hanya bersifat jangka pendek.

Masalah sebenar

Menurut Dato' Dr Hasan Ahmad dalam bukunya Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, orang Melayu yang terlibat dalam membuat dasar dan keputusan yang bersangkutan dengan kepentingan bangsa Melayu seharusnya memahami apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh orang Melayu.

Seperti contoh dalam menyelesaikan masalah kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris. Ada pihak yang mengaitkannya dengan sikap orang Melayu itu sendiri yang membenci bahasa Inggeris.

Maka dengan dasar yang meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dalam matapelajaran Sains dan Matematik, pelajar melayu mahu tidak mahu akan belajar bersungguh-sungguh dalam menguasai bahasa Inggeris untuk lulus dalam peperiksaan.

Tetapi, hakikatnya, sebelum merdeka, sejarah telah membuktikan bahawa dasar seperti ini yang menyebabkan anak-anak Melayu tidak mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada peringkat sekolah rendah.

Beberapa siri peperiksaan diperkenalkan seperti Lower Certificate Education (LCE), Senior Cambridge (SC), dan sebagainya yang menggunakan aliran Inggeris sepenuhnya menyebabkan sebahagian besar pelajar melayu khususnya di luar bandar gagal.

Maka, ekoran itu, peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tertutup dan akhirnya mereka terpaksa mencari pekerjaan.

Melihat kepada permasalahan tersebut, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif untuk mengubah dasar pendidikan negara dengan memperkenalkan aliran Melayu di semua sekolah.

Setelah dasar pendidikan negara diubah dan dasar bahasa Kebangsaan diutamakan dalam sistem pendidikan, ratusan ribu pelajar Melayu memperoleh pendidikan yang lebih tinggi hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Maka, ramai dari graduan Melayu yang telah berjaya menjadi pakar dan memegang jawatan-jawatan penting dalam bidang pekerjaan mereka masing-masing.

Tambah bebanan

Dalam pada itu, dalam keghairahan kita untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang sains dan teknologi, sebenarnya kita telah menambahkan lagi bebanan kepada mereka yang belajar di luar bandar.

Inilah hakikat yang harus kita terima. Dengan suasana dan kehidupan masyarakat luar bandar yang kurang diberikan pendedahan dalam penggunaan bahasa Inggeris, tiba-tiba mereka dihidangkan dengan mata pelajaran yang sememangnya sukar untuk difahami seperti fizik dan kimia untuk diajar dalam bahasa Inggeris.

Adakah dengan meletakkan sasaran untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik akan berjaya menjadikan mereka saintis yang berjaya secara automatik seperti Albert Enstein?

Profesor Diraja Ungku Aziz pernah memberi reaksi yang agak bercanggah ketika dasar ini dibentangkan dengan menyatakan "sekiranya kita benar-benar ingin memajukan bangsa dalam bidang pendidikan, maka perlengkapkan dahulu kemudahan prasarananya".

Pandangan beliau ini berkait rapat dengan kesukaran yang akan dihadapi oleh pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Bahasa terpenting

Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan.

Dengan masalah kekurangan dari segi kemudahan untuk mendapatkan pendedahan serta kefasihan dalam penggunaan bahasa Inggeris yang masih lemah, sudah tentu pelbagai kesukaran yang akan mereka hadapi untuk belajar matapelajaran-matapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.

Kesannya, tidak hairanlah mengapa berlaku terlalu banyak keciciran dalam pendidikan yang sebahagian besarnya melibatkan bangsa kita.

Tokoh Dewan Bahasa dan Pustaka DBP Dato' Awang Sariyan ketika membentangkan kertas kerjanya dalam Kenvensyen Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan cara terbaik dalam menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan memperbaiki dan memperkasa sistem pengajaran bahasa Inggeris tersebut tanpa melibatkan matapelajaran lain.

Apabila ia melibatkan matapelajaran lain, ia menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu telah hilang wibawanya sebagai bahasa ilmu dalam masyarakat yang membawa kepada corak ketamadunan Melayu-Islam.

Persoalan yang perlu dijawab, adakah adil untuk kita menafikan autoriti bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan hanya disebabkan pelajar melayu lemah dalam perkara-perkara asas dalam bahasa Inggeris seperti penggunaan tatabahasa?

Emperor Puyi sewaktu perang dunia kedua telah bersubahat dengan Jepun untuk menyerang Manchuria dan setelah kemenangan dicapai, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Emperor. Sebelum beliau dinaikkan pangkat, beberapa perjanjian penting telah ditandatangani dalam menentukan polisi untuk membina negara Manchuko (Manchuria).

Dasar pertama dan yang paling besar dalam polisi negara Manchuko adalah pendidikan dalam negara tersebut perlu menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di semua peringkat.

Ini jelas menunjukkan akan kepentingan bahasa dalam bidang pendidikan kerana ia akan menentukan generasi bangsa Manchuko itu sendiri pada masa akan datang.

Jatuh bangun bangsa

Menurut teori Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, menyatakan "yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa adalah kekuatan asabiyahnya". Salah satu perkara yang yang menjadi penentu kepada kekuatan asabiyah tersebut adalah bahasa yang menjadi alat komunikasi sesuatu rumpun bangsa.

Lihat saja beberapa bangsa lain di negara Afrika yang telah hilang identiti bangsanya apabila bahasa penjajah seperti Perancis dan British telah diagungkan dan dijadikan bahasa terpenting dalam semua perkara termasuk pendidikan sehingga menenggelamkan bahasa ibunda mereka.

Apa yang perlu disedari adalah kewibawaan sesuatu bahasa itu tidak terletak pada wibawa bahasa itu sendiri akan tetapi kepada kesetiaan pendokong dan penuturnya.. Profesor Dr James T. Collins menegaskan "wibawa sesuatu bahasa tidak terletak pada struktur dan sintaksisnya, kekuatan dan daya tarik bahasa berasaskan faktor politik dan sosial, termasuk kepesatan dan pencapaian ekonominya serta kesedaran dan kesetiaan penuturnya"

Bahasa sememangnya mencerminkan identiti masyarakat kita. Dalam hipoteis yang dibuat oleh ahli sosiologi linguistik Sapir dan Whorf, bahasa sebenarnya menentukan budaya sesuatu masyarakat.

Seperti contoh bahasa Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kesopanan dan kemuliaan telah membentuk budaya Melayu itu sendiri yang dipenuhi dengan nilai-nilai positif.

Sekiranya autoriti bahasa itu tidak dipelihara, maka akan terhakislah keutuhan bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai bahasa pergaulan yang bersifat perhubungan (lingua franca) di wilayah kepulauan Melayu sejak abad ketujuh pada zaman kerajaan Srivijaya sehinggalah abad ke-14, dan pada zaman-zaman kerajaan berikutnya seperti Empayar Melayu Melaka.

Dengan terhakisnya keutuhan bahasa Melayu, nilai budaya serta identiti bangsa kita sebagai bangsa Melayu juga akan turut lenyap ditelan zaman.

Fikir-fikirkanlah.

Petikan-Harakah

Tuesday, November 25, 2008

arghhhhhhh!!

argh!! tu yang dapat diekspresikan.. suhu luar turun, aktiviti harian luar terganggu keselesaannya, assignment a.k.a 숙제 banyak, report, exam mendatang, term projek in progress, presentation lagi, debate lagi, adeh.. agak lemah pengurusan masa gua.. nak update blog pon tak leh...tatkala kejatuhan suhu, terasa kesengalan melakukan aktiviti hari, takpe2, skit lagi nak abis dah sem ni.. org lain pon lebih kurang cam ni gak.. so takde alasan tak leh buat, 화이팅.. x3..

Saturday, November 8, 2008

Tour - mengeTour..

Bulan lepas layan tour keluar dari Seoul yang sibuk ni... hell yeah.. layannnn..
Tour ni aku layan ngan ajay follow brader korea pergi tempat org pakai superbike lepak.. mcm2 jentera dr lama hingga baru ada.. semuanya defined as superbike... R1,R6, ninjas, CBRs, RVF , VTR, BMW.. GSXRs.. Ducati, Aprillia, MV agusta ,cruiser Harley pon ada.. tapi ntah macam mana sebijik ferrari sesat kat situ bakar line jentera 2 roda ni .. walaupon jentera siputih tak dikategorikan dlm superbike... sportsbike pon kira jadiklah.. apa yg pasti lepas balik .. super gak lah letihnya .. pergi pagi balik petang.... it was fun.. tour byk berhenti, semasa tour ni ada 1 perkara yg aku blajar yg rare kat Malaysia, ataupon mungkin aku tak tau kot..

Apabila sekumpulan konvoi berlainan yg masing2 tak kenal berselisih diorg akan lambai antara satu sama lain sebagai hormat dah respek sebab maybe diorg fikir they have something in common.. hobby atau interest yg sama.. even Hayabusa , ninja ZX-14 pon lambai kat 400.. .. huhu.. enjin kecik dari 1/3 kapasiti die pon tak kerek.. on the other hand, kat tanahair apa yg berlaku.. pantang nampak geng lain .. bakar line.. dah la underbone.. nak kerek lak.. adeh.. mungkin tu la yg membezakan well-civilized and not well cilivized society kot.. no offense kat masyarakat kita sendiri.. tapi tu realitikan, walaupon ada gak bdk2 sengal kat sini.. i mean it secara overall la. Apa-apahal pun. tu pengalaman menarik yang mengajar kita utk berfikir dgn lebih matang.. tak gitu.. So, take a look.
Jarak pergi balik:330km
minyak: <3kpg




Another Story lak.. genap minggu lepas, autumn tour dilayan ke pantai 동막해수욕장.. utara incheon lebih kurang 70km dari seoul, kali ni dilayan 6 of my buddies.. sekadar enjoy konvoi kluar dari seoul yg sibuk ni.. huhu.. kedatangan kami ke pantai tu bukan nak mandi tapi sekadar bergambar... so semuanya..
Jarak pergi balik: aprox. 170km
kos minyak: 2 kpg + 1 kpg lunch
Jentera terlibat: 2 Honda CBR400, 2 Honda CBR125R, 2 Hyosung Exiv, 1 Aprillia RS 125.

So take a look at these pictures.. pantai yg kering


Monday, October 27, 2008

Terlebih Tido

4.15pagi-Isnin, 27 oktober 2008, -rentetan tertido awal pada hari sebelumnya, timing waktu tido aku agak 'lari' skit.Pada malam sebelumnya, aku tertido awal, akibat nya, tak semena2 aku terjaga pada waktu ni, pagi nanti pukul 9 ada kelas marketing, tapi ntah rasa tak mengantuk. Dengan ditemani segelas kopi dan lagu top indonesia aku rilex2 layan fs dan fb... btw.. lagu2 indonesia memang best.. apsal eh? kenapa lagu malaysia tak best cm tu eh.. walaupon tak sume lagu indonesia yg best ,sekurang2 better dr artis mys dari perspektif of content muzik, rentak , lirik sume tulah.. eceh.. macam power lak aku nak komen lagu.. apa2 hal so far antara lagu indon yg best tgh aku layan time ni.. dari d`masiv... di antara kalian .. awek indon ni pon lawa.. tapi biase ah.. kalo tak lawa tak masuk tv lak kan.. sesuatu yg tipikal... take a look ..



selain tu, band or single yg best dari indon yg aku tau.. antaranya,,, astrid, ada band, five minutes, letto, d`masiv, dewa, peterpan.. mcm2 lagi la.. bkn tak support industri sendiri,,, tapi which one comes first,, product quality or customer loyalty... pk pk kan la.. tapi pk byk tak guna.. muzik2 ni kalo lebih2 lalai.. jadik lagha nanti.. so berpada2 lah layan muzik.. chaloz..

Sunday, October 26, 2008

Honda CBR125R - new machines in da club..


new machines in da club - hell yeah, 2 of my mates memeriahkan lagi situasi atau keadaan skang ni.. penukaran jentera dan peng`angkut`an oleh 2 rakan gua ni memang honestly dialu-alukan.. jentera honda cbr125r.. kelas replika berkapasiti 125cc dlm kelas 4-stroke, ternyata reliable utk long term yg menjaminkan value dan kualiti yg leh dinikmati..

walaupon winter yg mendatang akan mengugat kandungan haba dlm badan rider2 ni... sume tu tak jadik halangan.. hoho.. kelihatan my mates posing dgn jentera masing2..



mcm biasa la.. preview every jentera in da club mestilah ada spesifikasi tertentu dlm usaha mengenali what kind of jentera is it.. so .. take a look...

Capacity
124.70 ccm
Engine type:Single cylinder
Stroke:4
Power:13.00 HP (9.5 kW)) @ 10000 rpm
Torque
10.10 Nm @ 8000 rpm
Compression
11.0:1
Bore x Stroke
58.0 x 47.2 mm
Fuel system:Carburettor. 28mm VK-type
valve per cylinder:2
Fuel control:SOHC
Ignition:Capacitor Discharge (CDI)
Starter:Electric
Cooling system:Liquid
Gearbox:6-speed
Transmission type
final drive:
Chain
Clutch:Wet, multiplate with coil springs
Physical measures
Dry weight:115.0 kg
Seat height:776 mm
Ground clearance:172 mm
Chassis and dimensions
Frame type:Diamond, steel twin-spar
Trail:88 mm
Front tyre dimensions:80/90-ZR17
Rear tyre dimensions:100/80-ZR17
Front brakes:Single disc
Front brakes diameter:276 mm
Rear brakes:Single disc
Rear brakes diameter:220 mm (8.7 inches)
Speed and acceleration
Power/weight ratio:0.1130 HP/kg
Other specifications
Fuel capacity:10.00 litres (2.64 gallons)