Sunday, May 31, 2009

Tour & Konvoi 2009 - Episod 1

read pre-episode ( episode zero)



Hohou.. 5 bulan dah berlalu untuk 2009. Setakat ni sudah 3-4 tour dah dilayan bersama rakan taulan sahabat handai. Tour-tour yang best mendatang pasti di`countdown`. Menunggu habisnya semester ini memang tak sabar. Kahkah.. Kebanyakan tour yang dilayan sekitar 50-60km dari luar Seoul, menjadikan 100-120 km pergi dan balik secara purata. Letih dah kompem, lengan dan pinggang sengal-sengal ayam. Tahap kesengalan rider-rider ini bergantung kepada posisi riding, naked, replica dan cruiser. Jadi, boleh agak-agak tak siapa paling rileks atau sengal antara 3 jenis riding yang terlibat tu?. hoho.. tak kisah lah apa kelas sekali pun, ride dan terus tunggang, tapi tak bonceng. kahkah..


First tour 2009, bulan mac, cuaca berdingin dingin haba agak menyelesakan penunggangan walaupun skali skala angin bertiup sengal sejuk rasenya. namisom destinasinya 남이섬 dalam hangul nya, walaupun dah pernah pergi sebelum ini, destinasi dipilih sebab takde tempat lain nak pergi. huahua. , terkenal dengan lokasi penggambaran winter sonata, drama yang memula dan mencetuskan gelombang obsesi peminat drama Korea di Malaysia hingga ke hari ini. huhu..cakap banyak tak guna... skit sbyk gmbrnyer...

plus minus 65km dari Korea University kalo lebih tepat lagi guna direct route. tapi 국도 6-37-46&75- 47 telah . yeah!

shaje yang kegembiraan.. kahkah..


8riders +hadi sang cameraman....
berhenti di checkpoint



이거 얼마야?.. menyesal gak bdk2 ni lepas tahu harga yang salah tgk.. kahkah..


........................... Mun, Solihin , Syaz, Ayie, Hadi, Azman, Yusrizal, Zul & me..




Friday, May 15, 2009

Jenayah ,jenayah dan jenayah.

Sebut tentang jenayah, terlalu umum untuk diperkatakan. Definisi jenayah agak luas sekiranya tidak dikecilkan skop dan perspektif yang dibincangkan. Tapi tidak kira apa jua kategori jenayah, asasnya sama, melanggar undang-undang, merosakkan kesejahteraan komuniti dan segalanya yang buruk untuk kepentingan sendiri, termasuk jenayah kolar putih.

Geram , benci dan muak mendengar jenayah ragut, rogol , samun, rompak yang boleh dikatakan setiap hari berlaku di tanahair terutama bandar bandar besar. Sudah tentu untuk mencapai jenayah sifar adalah perkara yang mustahil memandangkan bukan semua manusia di permukaan bumi ini baik.Tetapi sekurang kurangnya dapat dikurangkan.

Sepanjang hampir 5 tahun menuntut ilmu di bumi Sonata ini, pernah dibincangkan bersama rakan-rakan kenapa timbul perasaan selamat tinggal di bandar metropolitan Seoul ini berbanding Kuala Lumpur, ibu kota negara sendiri. Jawapannya mungkin pelajar-pelajar disini kurang mengetahui tahap jenayah di Korea ini, atau bandar Seoul ini sememangnya lagi selamat daripada Kuala Lumpur. Pernah juga orang berkata, sekarang lelaki pun tak selamat berjalan berseorangan waktu malam di KL. Tapi disini Alhamdulilah setakat ini , pelajar pelajar Malaysia di sini selamat dan terus selamatlah hendaknya. Bukan ingin memperlekehkan tempat asal usul kita sendiri, tetapi sekadar `benchmark' untuk kepentingan bersama.

Bunuh, ragut, samun dan lain lain jenayah harta benda berlaku di mana mana di dunia ini , semuanya dilakukan majoritinya golongon muda. Kelebihan yang ada dalam sistem pendidikan dan pertahanan Korea ini, secara umumnya, golongan muda selepas 'high school' atau college, university student, mereka diwajibkan latihan tentera selama 2 tahun dan pada masa yang sama menjadi tentera simpanan. Kesempatan itu diambil bagi membina jati diri, displin dan etika yang baik , menjadi decent citizen oleh kerajaan mereka sekaligus mengurangkan potensi jenayah daripada golongan muda ini. Mungkin itulah hikmah bagi negara pernah berperang dengan jirannya yang juga merupakan satu bangsa yang sama, tetapi kerana ideologi darah ditumpah membentuk identiti ideologi yang berbeza. Begitu ironik sekali jika dibanding dengan tahanair kira, pelbagai bangsa satu negara. Bayangkan jika kerajaan kita latihan tentera seperti Korea ini, bising la "parents" di Malaysia.

Satu lagi jenayah bukan harta benda yang begitu membimbangkan. Jenayah yang hanya dilakukan oleh satu jantina terhadap 'opposite sex'. Rakan-rakan pernah tanya, ' Kenapa kadar jenayah 1-way sex di Korea kurang? '' Adakah mereka lebih beriman daripada kita?. Adakah lebih pandai mengawal nafsu daripada orang kita?" Semestinya tidak. Konsepnya senang, premarital sex, seks luar nikah. Jadi, dengan premarital sex, kita dapat mengurangkan kadar jenayah rogol, ? Adakah "2-way road" lagi baik daripada "1- way road"?. Jawapanya semestinya tidak dan tidak.

Allah kurniakan akal dan nafsu kepada manusia. Akal tak diguna, nafsu jadi panduan, maka binatanglah kita. Bagi non-muslim seperti Korea, "premarital sex" bukanlah satu masalah, tetapi bagi mereka itulah salah satu "social life" termasuklah "Legalization of prostitution". Bagi masyarakat kita yang beragama Islam, gaya hidup masyarakat kita terutamanya Melayu tidak seperti masyarakat non-muslim seperti Korea mahupun Barat. Tidak dinafikan kewujudan golongan Melayu jahil yang cara hidupnya tidak ubah seperti kafir, namun perspektif yang ingin diutarakan berdasarkan cara hidup tipikal masyarakat Malaysia atau lebih tepat lagi Melayu Muslim.

Golongon yang mempunyai akal fikiran yang lemah, low education, pegangan iman yang rapuh dan menjadikan Islam hanya sekadar pada nama, mereka inilah golongon tipikal yang memberontak dijiwa mereka seterusnya mendorong melakukan jenayah 1-way sex itu . Pendek kata, penghayatan Islam yang lemah menjadikan kehidupan hilang arah. Semuanya perlu ditangani secara holistik. Erm.. holistik... Baru- baru ini, PM kita kata jenayah seperti ragut perlu ditangani secara holistik. Sepatutnya, dasar kerajaan itu sendiri yang perlu berasaskan Islam untuk menerajui negara. Hukum Hudud? Fikir-fikirkanlah. Baru sekarang nak difikirkan cara pencegahannya. Jadi ini adakah ini sudah menjawab soalan topik di atas dan pemimpin perlu persalahkan?. Penggubahan undang - undang dan dasar kerajaan yang drastik mampu menangani masalah sociomasyarakat ini?. Mari fikirkan bersama. Mengapa?, Why?, 왜?.. because we do care and love our country!!!