Tuesday, December 16, 2008

Bahasa Ibunda-ku

Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan.

Namun, tidak pula yang bercakap tentang bahasa Melayu sebagai bahasa yang menjadi tunjang dalam memperoleh kemajuan. Sedangkan bahasa Melayu telah digunakan begitu meluas sebagai salah satu cabang dari bahasa-bahasa Austronesia oleh sekitar 300 juta penutur dalam gugusan pulau-pulau Melayu-Polinesia.

Dalam membina bangsa yang berjaya dan berdaya saing perlu juga diambil kira relevansi dalam sesuatu tindakan. Penialian tersebut perlu dibuat dalam konteks yang meluas dan bersifat jangka panjang serta tidak sempit kepada matlamat yang terbatas dan hanya bersifat jangka pendek.

Masalah sebenar

Menurut Dato' Dr Hasan Ahmad dalam bukunya Ke Arah Kelahiran Melayu Glokal, orang Melayu yang terlibat dalam membuat dasar dan keputusan yang bersangkutan dengan kepentingan bangsa Melayu seharusnya memahami apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh orang Melayu.

Seperti contoh dalam menyelesaikan masalah kelemahan pelajar Melayu dalam menguasai bahasa Inggeris. Ada pihak yang mengaitkannya dengan sikap orang Melayu itu sendiri yang membenci bahasa Inggeris.

Maka dengan dasar yang meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan dalam matapelajaran Sains dan Matematik, pelajar melayu mahu tidak mahu akan belajar bersungguh-sungguh dalam menguasai bahasa Inggeris untuk lulus dalam peperiksaan.

Tetapi, hakikatnya, sebelum merdeka, sejarah telah membuktikan bahawa dasar seperti ini yang menyebabkan anak-anak Melayu tidak mempunyai pendidikan yang lebih tinggi daripada peringkat sekolah rendah.

Beberapa siri peperiksaan diperkenalkan seperti Lower Certificate Education (LCE), Senior Cambridge (SC), dan sebagainya yang menggunakan aliran Inggeris sepenuhnya menyebabkan sebahagian besar pelajar melayu khususnya di luar bandar gagal.

Maka, ekoran itu, peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tertutup dan akhirnya mereka terpaksa mencari pekerjaan.

Melihat kepada permasalahan tersebut, Allahyarham Tun Abdul Razak telah mengambil inisiatif untuk mengubah dasar pendidikan negara dengan memperkenalkan aliran Melayu di semua sekolah.

Setelah dasar pendidikan negara diubah dan dasar bahasa Kebangsaan diutamakan dalam sistem pendidikan, ratusan ribu pelajar Melayu memperoleh pendidikan yang lebih tinggi hingga ke peringkat pengajian tinggi.

Maka, ramai dari graduan Melayu yang telah berjaya menjadi pakar dan memegang jawatan-jawatan penting dalam bidang pekerjaan mereka masing-masing.

Tambah bebanan

Dalam pada itu, dalam keghairahan kita untuk melahirkan pakar-pakar dalam bidang sains dan teknologi, sebenarnya kita telah menambahkan lagi bebanan kepada mereka yang belajar di luar bandar.

Inilah hakikat yang harus kita terima. Dengan suasana dan kehidupan masyarakat luar bandar yang kurang diberikan pendedahan dalam penggunaan bahasa Inggeris, tiba-tiba mereka dihidangkan dengan mata pelajaran yang sememangnya sukar untuk difahami seperti fizik dan kimia untuk diajar dalam bahasa Inggeris.

Adakah dengan meletakkan sasaran untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam matapelajaran Sains dan Matematik akan berjaya menjadikan mereka saintis yang berjaya secara automatik seperti Albert Enstein?

Profesor Diraja Ungku Aziz pernah memberi reaksi yang agak bercanggah ketika dasar ini dibentangkan dengan menyatakan "sekiranya kita benar-benar ingin memajukan bangsa dalam bidang pendidikan, maka perlengkapkan dahulu kemudahan prasarananya".

Pandangan beliau ini berkait rapat dengan kesukaran yang akan dihadapi oleh pelajar Melayu yang tinggal di luar bandar untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Bahasa terpenting

Dalam meniti perkembangan kemajuan sains dan teknologi, tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Inggeris adalah antara bahasa yang terpenting di peringkat antarabangsa. Bahasa Inggeris juga seringkali dianggap sebagai bahasa yang signifikan dalam memastikan kita tidak akan ketinggalan jauh di belakang dalam mengecapi apa yang dikatakan sebagai kemajuan.

Dengan masalah kekurangan dari segi kemudahan untuk mendapatkan pendedahan serta kefasihan dalam penggunaan bahasa Inggeris yang masih lemah, sudah tentu pelbagai kesukaran yang akan mereka hadapi untuk belajar matapelajaran-matapelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris.

Kesannya, tidak hairanlah mengapa berlaku terlalu banyak keciciran dalam pendidikan yang sebahagian besarnya melibatkan bangsa kita.

Tokoh Dewan Bahasa dan Pustaka DBP Dato' Awang Sariyan ketika membentangkan kertas kerjanya dalam Kenvensyen Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka menyatakan cara terbaik dalam menyelesaikan masalah kelemahan penguasaan bahasa Inggeris adalah dengan memperbaiki dan memperkasa sistem pengajaran bahasa Inggeris tersebut tanpa melibatkan matapelajaran lain.

Apabila ia melibatkan matapelajaran lain, ia menunjukkan seolah-olah bahasa Melayu telah hilang wibawanya sebagai bahasa ilmu dalam masyarakat yang membawa kepada corak ketamadunan Melayu-Islam.

Persoalan yang perlu dijawab, adakah adil untuk kita menafikan autoriti bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan hanya disebabkan pelajar melayu lemah dalam perkara-perkara asas dalam bahasa Inggeris seperti penggunaan tatabahasa?

Emperor Puyi sewaktu perang dunia kedua telah bersubahat dengan Jepun untuk menyerang Manchuria dan setelah kemenangan dicapai, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Emperor. Sebelum beliau dinaikkan pangkat, beberapa perjanjian penting telah ditandatangani dalam menentukan polisi untuk membina negara Manchuko (Manchuria).

Dasar pertama dan yang paling besar dalam polisi negara Manchuko adalah pendidikan dalam negara tersebut perlu menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di semua peringkat.

Ini jelas menunjukkan akan kepentingan bahasa dalam bidang pendidikan kerana ia akan menentukan generasi bangsa Manchuko itu sendiri pada masa akan datang.

Jatuh bangun bangsa

Menurut teori Ibnu Khaldun dalam kitabnya Muqaddimah, menyatakan "yang menentukan jatuh bangun sesuatu bangsa adalah kekuatan asabiyahnya". Salah satu perkara yang yang menjadi penentu kepada kekuatan asabiyah tersebut adalah bahasa yang menjadi alat komunikasi sesuatu rumpun bangsa.

Lihat saja beberapa bangsa lain di negara Afrika yang telah hilang identiti bangsanya apabila bahasa penjajah seperti Perancis dan British telah diagungkan dan dijadikan bahasa terpenting dalam semua perkara termasuk pendidikan sehingga menenggelamkan bahasa ibunda mereka.

Apa yang perlu disedari adalah kewibawaan sesuatu bahasa itu tidak terletak pada wibawa bahasa itu sendiri akan tetapi kepada kesetiaan pendokong dan penuturnya.. Profesor Dr James T. Collins menegaskan "wibawa sesuatu bahasa tidak terletak pada struktur dan sintaksisnya, kekuatan dan daya tarik bahasa berasaskan faktor politik dan sosial, termasuk kepesatan dan pencapaian ekonominya serta kesedaran dan kesetiaan penuturnya"

Bahasa sememangnya mencerminkan identiti masyarakat kita. Dalam hipoteis yang dibuat oleh ahli sosiologi linguistik Sapir dan Whorf, bahasa sebenarnya menentukan budaya sesuatu masyarakat.

Seperti contoh bahasa Melayu yang penuh dengan nilai-nilai kesopanan dan kemuliaan telah membentuk budaya Melayu itu sendiri yang dipenuhi dengan nilai-nilai positif.

Sekiranya autoriti bahasa itu tidak dipelihara, maka akan terhakislah keutuhan bahasa Melayu yang dahulunya digunakan sebagai bahasa pergaulan yang bersifat perhubungan (lingua franca) di wilayah kepulauan Melayu sejak abad ketujuh pada zaman kerajaan Srivijaya sehinggalah abad ke-14, dan pada zaman-zaman kerajaan berikutnya seperti Empayar Melayu Melaka.

Dengan terhakisnya keutuhan bahasa Melayu, nilai budaya serta identiti bangsa kita sebagai bangsa Melayu juga akan turut lenyap ditelan zaman.

Fikir-fikirkanlah.

Petikan-Harakah

Tuesday, November 25, 2008

arghhhhhhh!!

argh!! tu yang dapat diekspresikan.. suhu luar turun, aktiviti harian luar terganggu keselesaannya, assignment a.k.a 숙제 banyak, report, exam mendatang, term projek in progress, presentation lagi, debate lagi, adeh.. agak lemah pengurusan masa gua.. nak update blog pon tak leh...tatkala kejatuhan suhu, terasa kesengalan melakukan aktiviti hari, takpe2, skit lagi nak abis dah sem ni.. org lain pon lebih kurang cam ni gak.. so takde alasan tak leh buat, 화이팅.. x3..

Saturday, November 8, 2008

Tour - mengeTour..

Bulan lepas layan tour keluar dari Seoul yang sibuk ni... hell yeah.. layannnn..
Tour ni aku layan ngan ajay follow brader korea pergi tempat org pakai superbike lepak.. mcm2 jentera dr lama hingga baru ada.. semuanya defined as superbike... R1,R6, ninjas, CBRs, RVF , VTR, BMW.. GSXRs.. Ducati, Aprillia, MV agusta ,cruiser Harley pon ada.. tapi ntah macam mana sebijik ferrari sesat kat situ bakar line jentera 2 roda ni .. walaupon jentera siputih tak dikategorikan dlm superbike... sportsbike pon kira jadiklah.. apa yg pasti lepas balik .. super gak lah letihnya .. pergi pagi balik petang.... it was fun.. tour byk berhenti, semasa tour ni ada 1 perkara yg aku blajar yg rare kat Malaysia, ataupon mungkin aku tak tau kot..

Apabila sekumpulan konvoi berlainan yg masing2 tak kenal berselisih diorg akan lambai antara satu sama lain sebagai hormat dah respek sebab maybe diorg fikir they have something in common.. hobby atau interest yg sama.. even Hayabusa , ninja ZX-14 pon lambai kat 400.. .. huhu.. enjin kecik dari 1/3 kapasiti die pon tak kerek.. on the other hand, kat tanahair apa yg berlaku.. pantang nampak geng lain .. bakar line.. dah la underbone.. nak kerek lak.. adeh.. mungkin tu la yg membezakan well-civilized and not well cilivized society kot.. no offense kat masyarakat kita sendiri.. tapi tu realitikan, walaupon ada gak bdk2 sengal kat sini.. i mean it secara overall la. Apa-apahal pun. tu pengalaman menarik yang mengajar kita utk berfikir dgn lebih matang.. tak gitu.. So, take a look.
Jarak pergi balik:330km
minyak: <3kpg




Another Story lak.. genap minggu lepas, autumn tour dilayan ke pantai 동막해수욕장.. utara incheon lebih kurang 70km dari seoul, kali ni dilayan 6 of my buddies.. sekadar enjoy konvoi kluar dari seoul yg sibuk ni.. huhu.. kedatangan kami ke pantai tu bukan nak mandi tapi sekadar bergambar... so semuanya..
Jarak pergi balik: aprox. 170km
kos minyak: 2 kpg + 1 kpg lunch
Jentera terlibat: 2 Honda CBR400, 2 Honda CBR125R, 2 Hyosung Exiv, 1 Aprillia RS 125.

So take a look at these pictures.. pantai yg kering


Monday, October 27, 2008

Terlebih Tido

4.15pagi-Isnin, 27 oktober 2008, -rentetan tertido awal pada hari sebelumnya, timing waktu tido aku agak 'lari' skit.Pada malam sebelumnya, aku tertido awal, akibat nya, tak semena2 aku terjaga pada waktu ni, pagi nanti pukul 9 ada kelas marketing, tapi ntah rasa tak mengantuk. Dengan ditemani segelas kopi dan lagu top indonesia aku rilex2 layan fs dan fb... btw.. lagu2 indonesia memang best.. apsal eh? kenapa lagu malaysia tak best cm tu eh.. walaupon tak sume lagu indonesia yg best ,sekurang2 better dr artis mys dari perspektif of content muzik, rentak , lirik sume tulah.. eceh.. macam power lak aku nak komen lagu.. apa2 hal so far antara lagu indon yg best tgh aku layan time ni.. dari d`masiv... di antara kalian .. awek indon ni pon lawa.. tapi biase ah.. kalo tak lawa tak masuk tv lak kan.. sesuatu yg tipikal... take a look ..



selain tu, band or single yg best dari indon yg aku tau.. antaranya,,, astrid, ada band, five minutes, letto, d`masiv, dewa, peterpan.. mcm2 lagi la.. bkn tak support industri sendiri,,, tapi which one comes first,, product quality or customer loyalty... pk pk kan la.. tapi pk byk tak guna.. muzik2 ni kalo lebih2 lalai.. jadik lagha nanti.. so berpada2 lah layan muzik.. chaloz..

Sunday, October 26, 2008

Honda CBR125R - new machines in da club..


new machines in da club - hell yeah, 2 of my mates memeriahkan lagi situasi atau keadaan skang ni.. penukaran jentera dan peng`angkut`an oleh 2 rakan gua ni memang honestly dialu-alukan.. jentera honda cbr125r.. kelas replika berkapasiti 125cc dlm kelas 4-stroke, ternyata reliable utk long term yg menjaminkan value dan kualiti yg leh dinikmati..

walaupon winter yg mendatang akan mengugat kandungan haba dlm badan rider2 ni... sume tu tak jadik halangan.. hoho.. kelihatan my mates posing dgn jentera masing2..



mcm biasa la.. preview every jentera in da club mestilah ada spesifikasi tertentu dlm usaha mengenali what kind of jentera is it.. so .. take a look...

Capacity
124.70 ccm
Engine type:Single cylinder
Stroke:4
Power:13.00 HP (9.5 kW)) @ 10000 rpm
Torque
10.10 Nm @ 8000 rpm
Compression
11.0:1
Bore x Stroke
58.0 x 47.2 mm
Fuel system:Carburettor. 28mm VK-type
valve per cylinder:2
Fuel control:SOHC
Ignition:Capacitor Discharge (CDI)
Starter:Electric
Cooling system:Liquid
Gearbox:6-speed
Transmission type
final drive:
Chain
Clutch:Wet, multiplate with coil springs
Physical measures
Dry weight:115.0 kg
Seat height:776 mm
Ground clearance:172 mm
Chassis and dimensions
Frame type:Diamond, steel twin-spar
Trail:88 mm
Front tyre dimensions:80/90-ZR17
Rear tyre dimensions:100/80-ZR17
Front brakes:Single disc
Front brakes diameter:276 mm
Rear brakes:Single disc
Rear brakes diameter:220 mm (8.7 inches)
Speed and acceleration
Power/weight ratio:0.1130 HP/kg
Other specifications
Fuel capacity:10.00 litres (2.64 gallons)







Friday, October 10, 2008

Yamaha Vino Classic

Bercerita mengenai jentera kelas skuter, yamaha vino ni dikategorikan kepada 125cc dan 50cc yg dipanggil yamaha vino classic. Bermula tahun 2002, ia di manufactured sebagai jentera 2 -stroke sehingga tahun 2005. 2006 hingga sekarang model2 terbarunya diproduced dlm 4-stroke utk vino 125 dan vino 50. Tak tau lah apsal dah tukar, mungkin about environment, emission, dan reliability kot. Apa2hal jentera ni agak cool dan cute dan classic style, based on preview oleh org lain. Tapi sebenarnya apa yang pasti, jentera ni dah tak dimiliki lagi oleh my mate. Secara relatifnya, vino ni agak pick-up dlm kelasnya, utk top speed bg vino 50cc ini, 60-70km/h dah mampu membuatkan kan mata berair jika tak pkai helmet bervisor atau gogle. Sepanjang pengalaman tuan pemiliknya, japan made skooter ni tak buat masalah , high reliability, easy utk mencelah dlm kesesakan bandar Seoul ni utk perjalanan short distance, absolutely high quality..



















Specifications:


Engine:
Type 49cc, air/fan cooled, two-stroke
w/Reed valve
Bore x Stroke / mm 40 X 39.2mm
Compression Ratio 7.2:1
Carburetion 14mm Teikei
Transmission Automatic

Chassis:
Front Suspension Telescopic Fork, 1.7" of Travel
Rear Suspension Single Shock, 1.7" of Travel
Front Brake Drum
Rear Brake Drum
Front Tire 80/90-10
Rear Tire 80/90-10

Dimensions/Other:
Overall Dimensions 64.8" X 25.2" X 41"
(Length x Width x Height)
Seat Height 28.6"
Wheelbase 46"
Fuel Capacity 1.6 gallons
Dry Weight 150 lbs.




video

Monday, October 6, 2008

Sambutan Raya Aidilfitri 2008 pt2


Seperti yang dikatakan post yg lalu.. raya 2008 di Seoul Korea Selatan ni disambut hari ke-5 raya bersamaan 5 oktober 2008. Walaupon tak semeriah mana .. sekurang kurang nya ada perasaan raya di perantauan ini yg pon dan masuk raya ke-5 bg batch 65 ni. Sambutan ni dihadiri bukan saje students tajaan JPA.. student tajaan lain pon dtg gak.. senior yg dah kerja tapi kerja kat korea ni pon dtg sama. So cakap byk tak guna tgk je la gambar . Credit utk rakan taulan ku yg amik gambar2 ni.

Tu je lah sedikit sebanyak gambar .. walaupon byk lagi tapi takpe la sekadar ni je.. Apa yang pasti, blog posting style aku tak lengkap blog kalo takde vid atau gambar atau kedua-duanya skali. On da way ke embassy pada hari raya ke-5 ni..SBC (seoul bikers club) berkonvoi bermula dari hanyang universiti. So ckp byk pon tak guna .. take a look.



Pada masa yang sama jugak..on the way.. dikesempatan kesedapan jalan ala ala express way ni.. aku menge-test limit jentera siputih yg tak dipreview lagik cam jentera2 lain sebelum ni .Tarik punya tarik mem`parah'kan kandungan tangki gemuk siputih.Dem sep minyak.tapi aku tak pedulik.. kahkah.. apahal2 pandu cermat jiwa selamat .. hati hati dijalan raya..

Saturday, October 4, 2008

Sambutan Raya Aidilfitri 2008 pt1


Hari raya kali ni menjadikan raya ke-5 aku tak balik Malaysia. Bukan aku saja, semua rakan2 taulan ku batch 65. Apabila 5 kali dah tak balik kampung, perasaan sebak dan kesedihan tak balik kampung mula lali dijiwa kalangan students kat sini termasuk aku. Tambah kesengalan skit bagi sambutan tahun ni, pihak kedutaan tak buat sembahyang raya pada raya pertama di kedutaan mcm tahun2 sebelum nyer... hanya open house pada hujung minggu ataupon raya ke-5. Bagi bdk2 junior yg pertama kali beraya diperantauan, kesengalan tu lebih dirasai rentetan tiada sambutan pada hari raya pertama. Apa-apa pon tulah pengorbanan yg mesti dilakukan oleh pelajar Malaysia kita, demi pelajaran untuk masa depan diri keluarga, bangsa, agama dan negara, terpaksalah berjauhan dgn famili.. eceh..


Untuk sambutan tahun ni, pegawai JPA yang take care students Malaysia ni adakan open house dirumahnya berhampiran kedutaan Malaysia. Students yg dtg pon dikalangan member sepejuanganku, agak meriah jugak la.. lemang ketupat kuah kacang semua adalah.. walaupon tak mcm kat kampung at least suasana tu ada la.. Sebelum ptg menjelang, sume blah balik.. dikesempatan tu aku pon take vids on the way balik kat jalan yg boleh dikatakan best dlm Seoul ni bagi jentera 2 roda. Bdk2 lain lalu ikut lain.. aku ngan Ajay je lalu kat sini... so layan la jugak..



Pada malam harinya pulak, student Malaysia kat Hanyang University pulak buat open house,, pantang dgr open house.. aku ngan housemate pon,, blah menuju ke sana..... kat sini pon layan gak jalannya.. huhu..



Apa-apahal Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 hijrah 2008... pandu cermat jiwa selamat ... hati hati di jalan raya..

Sunday, September 28, 2008

Honda CB400 Super Four Vtec Spec 1

Musim raya kembali mcm biasa bagi umat islam selepas habis puasa . Bagi diperantauan , macam biasa juga tak dapat balik kampung. Apa-apa hal berhati hati di jalan raya kalau nak balik kampung tu. Bagi student di Seoul Korea Selatan ni.. takda kampung untuk balik jadi stay je lah kat sini. Tapi tak bermakna tak perlu berhati hati di jalan raya terutama di Metropolitan Seoul ni yang terpernah putus dgn kenderaan dari kenderaan 2 roda hinggalah 10 roda sekalipon.

Dikesempatan tu gua nak buat preview jentera yg gua pernah usha dan pada masa yang sama milik gua punya kawan rakan taulan sahabat handai seperjuangan di menuntut ilmu di bumi sonata ni... eceh. panjang la. Apa-apa pon..

Honda CB400 Vtec Spec 1
Jentera `naked' , penunggangan / riding position yang selesa
tak kira jarak jauh atau pon dekat.Apa yang pasti sentuhan vtec bagi jentera Honda ni menjadikan advantage yg menarik iaitu penjimatan minyak dan lebih efisyen. Dari segi power, utk kegunaan harian ruangan combustion 400ml tu dah memadai , dgn top speed 180++ , 0-100, <6sec depends on skill. Bagi peminat 'naked' bike, utk capacity kelas medium, jentera ni sesuai dan mantap.



Imej kedua ni menampakkan my mate dgn jenteranya Bou Bou.
Berikut spesifikasi mesin 2 roda ini.
Engine Type: Liquid cooled, 4-stroke, 4 Valve, DOHC inline 4 cylinder
Bore and Stroke: 55.0 mm * 42.0 mm
Displacement: 399 cm3
Compression ratio: 11.3 :1
Max Power: 39 kW (53 PS) @ 11000 rpm
Max Torque: 39 N m @ 9500 rpm
Carburetor Type: VPO4
Transmission: 6 speed
Final Drive: Chain

Front Brake: Single or Dual Discs with 4 piston callipers
Rear Brake: Single Disk with single piston calliper


Disajikan juga first attempt tankcam bg jentera ni.

Sunday, August 31, 2008

Semester baru

semester ke-2 tahun ke-3 muncul
cuti dah pun habis
ABEEK optional kepada 3rd year students
3hb 9 ni ulangtahun ke-4 kedatangan ke Korea
1hb Puasa pertama yang ke-5 di Korea
selepas sebulan bakal raya ke-5 di sini
so, carilah hikmah disebalik puasa mengiringi semester baru
semoga keberkatan diselubungi semester baru menuntut ilmu dunia
yang sementara
diseimbangi amalan yang dituntut dihari pembalasan
dengan usaha dan tawakkal kepada-Nya
moga-moga kita berjaya di semester ini,
that`s absolutely our hope...

bukan hasil apa-apa sekadar terfikir on da spot...

Saturday, August 30, 2008

KMTA Evolution 125



Jentera ni dikategorikan scooter classic style. Buatan China yang pasti, motosikal buatan China banyak gak menembusi pasaran Korea. Macam-macam nama brand, secara tipikalnya kalo dah buatan China tu sape lah nak percaya sgt brand tu. Walaupon kualitinya diragui dan sengal tapi ada gak yg boleh dpercayai dan praktikal gak ah utk dipakai hari-hari. Contohnya mudah, cm tajuk post ni.. brand KMTA China made..
Jentera ni agak stabil, jimat minyak, position riding selesa, bersantai, klasik, rileks, kalo dikenakan dgn fashion pakaian rider, agak berstylo yg bersifat sempoi. eh.. byk lak komen gua... tapi takpe... sekadar pandangan peribadi.. So far, ok.. bg yg tak pentingkan performance dah hanya mahu bergerak dgn rileks dan santai, serta jimat, jentera ni ok dipakai. So berikut spec bg jentera ni.


Engine : 4-stroke - air cooling
Compression : 10.5:1
Capacity : 124cc
Dimension : 1885mm x 750mm x 1080mm
Starter : Electric/Kick
Fuel Capacity : 5.8L
Power : 7.9PS/7500rpm
Transmission : CVT clutchless gearless










video

Friday, August 22, 2008

Hyosung Mirage/Aquila GV125C

Hyosung pada asalnya yang merupakan adik company kepada Suzuki, produce cruiser bike, selain scooter , naked dan replika. Dalam international market, hyosung cruiser lebih dikenali dgn nama Aquila dengan kapacity yg lebih besar iaitu 650cc yg jugak merupakan cruiser kapasiti paling besar dlm hyosung. 2 type yg lebih kecil, GV250 dan GV125. Bike ni ordinary dan standard ,lawa jika dimakeup serta praktikal dlm kegunaan harian, malangnya , budaya tipikal korean yg agak sengal jadikan jentera ni antara yg byk digunakan utk delivery quick service, maka huduh la jentera itu..
Dari segi performance, it`s just cruiser , mungkin utk touring dan daily life , praktikal, jimat .



Kenapa tetiba gua buat review jentera ni,? sebab member gua ada pakai so berminat la nak tau.. Jadi disertakan lah photo member gua ngan jentera cruiser dgn gaya yg tersendiri.
So utk info u all, berikut spec jentera cruiser made in korea ini.




exterior

length(mm)

2,270

width(mm)

800

height(mm)

1,090

Seat height(mm)

700

Dry weight(kg)

148



engine

type

Oil/air cooling 4stroke 2cylinder DOHC

Capacity(cc)

124.5

carburatiom

MIKUNI BDS 26 x 2

starter

Electric

transmission

Clutch

Dry clutch

gears

5gears(1DOWN 4UP)

chasis

Tyre (front)

110/90-16 59P

Tyre (rear)

130/90-15M/C 66P

brake(front)

Disk

Brake(rear)

Drum

Capacity

fuel(ℓ)

14.0

Engine Oil ( ℓ)

1.4


Thursday, July 31, 2008

My last ride - Hyosung GD125 a.k.a Exiv


Hyosung GD125 atau lebih dikenali sebagai Hyosung Exiv hanya untuk pasaran domestik Korea Selatan ni, tidak seperti Hyosung Comet GT125/GT250 dan GT650 naked dan replika yang dipasarkan utk international market termasuk dipasarkan di Malaysia ,Comet GT250 lebih dikenali Naza Blade. GD125 atau Exiv , akibat ketidakcantikan luaran jentera ni, utk menampakkan hebat, kepuk jentera sering di customized mengikut rupa superbike yg sedia ada seperti Yamaha YZF-R1 dan Suzuki GSX-R 1000/600cc oleh korean . Kepuk R1 jadi Yamuda K-1 dan GSX-R jadik Yamuda K-2. Bagaimana gua leh tau.. sebab gua pernah guna..




spec jentera ini.

Engine:
Air cooled, 4 stroke, single cylinder,
Capacity:
125 cc


Ignition/Starting:
CDI-unit/electric

Max Power:
13hp @ 10,500 rpm

Transmission/Drive:
5 Speed/chain

Front Brakes:
Single disc

Rear Brakes:
Drum

Front Tyre:
90/90-17

Rear Tyre:
120/90-17

Dry-Weight:
119 kg

Fuel Capacity:
13 Litre


Seperti yg dpt dilihat jentera ni hanya mampu generate 13hp saje drpd ruang 125ccm yg ada, a very standard commercial 4-stroke 125cc bike. Anyway, it was mine.. skrang tak lagi.. rase rindu ada gak kat jentera ni.. takpe la.. duniawi je sume ni.. setiap mula pasti ada akhir, bertemu ada berpisah.. kehkeh.. dlm slow talk gua ngan jentera ni.. gua show off last ride gua ngan jentera ni dlm metropolitan Seoul ni.




Friday, July 25, 2008

2T vs 4T







Do you know why the MotoGP changed 500cc 2-stroke to 1000cc 4-stroke in world class event superbikes race in 1999? Have you ever wondered why there is no 2-stroke commercial car ? I mean there is .. but rare.. as I show you at the end of this post. When we talk about power, at the same displacement there is no way 4-stroke could win 2-stroke . Other word, you`re gonna get smoked. y? let`s see theortically.
2-Stroke engine:

Advantages:
  • - Two-stroke engines do not have valves, simplifying their construction.
  • - Two-stroke engines fire once every revolution. This gives two-stroke engines a significant power boost.
  • - Two-stroke engines are lighter, and cost less to manufacture.
  • - Two-stroke engines have the potential for about twice the power in the same size because there are twice as many power strokes per revolution.

Disadvantages:

  • - Two-stroke engines don't live as long as four-stroke engines. The lack of a dedicated lubrication system means that the parts of a two-stroke engine wear-out faster. Two-stroke engines require a mix of oil in with the gas to lubricate the crankshaft, connecting rod and cylinder walls.
  • - Two-stroke engines do not use fuel efficiently,
  • - Two-stroke engines produce more pollution.
  • -- The combustion of the oil in the gas. The oil makes all two-stroke engines smoky to some extent, and a badly worn two-stroke engine can emit more oily smoke.
  • -- Each time a new mix of air/fuel is loaded into the combustion chamber, part of it leaks out through the exhaust port.


let`s see the advantages 2-stroke over 4-stroke

  • When the engine is revving at 10000rpm the 2-stroke engine ignites gasses 10000 times per minute while 4-stroke engines ignite only half. So it should have twice as much power, right?
  • The 2-stroke engine does have channels for air transport but the piston opens and closes the channels, in a 4-stroke engine there are separate valves and a camshaft that do this. This means extra moving parts and a far more difficult cylinder head design. Because of this maintenance is more difficult.
  • 2-stroke engines give more power. At 50cc races 2-stroke bikes can reach speeds of over 130km/h while 4-stroke bikes can hardly reach those speeds with 70cc!! The same applies to everyday use. When you remove some restrictors from a scooter it will go 80km/h. You won't reach these speeds with you're 4-stroke bike by just removing some restrictors.
So, what about advantages 4-stroke over 2-stroke?


  • what does a stock 2-stroke bike use? About 1 liter fuel per 35km. What does a stock 4-stroke bike use? About 1 liter fuel per 50km!
  • 2-stroke bikes burn oil. All it does is clogg up the exhaust and smell bad! They have to lubricate the cylinder and cylinder channels big time or the engine will be wrecked...
  • 2-stroke bikes waste much more energy on heat than a 4-stroke bike does so the 4-stroke engine is much more energy efficient.
  • Did you read the part on how the 2-stroke engine works?? Did you notice fresh fumes are used to push out the exhaust fumes?? Of course these two gasses will mix in that process, so or fresh fumes are pushed out too or exhaust fumes stay in, either way, it's bad and it sucks.
  • Ever tried to speed up a 2-stroke bike?? So fast that it could do speeds of over 100km/h. If you have you know you have to add lots of extra oil to the fuel and even than it's a big problem to keep the engine running for let's say a couple of months without mayor engine damage, wasted cilinders and screwed up pistons. Take a 4-stroke engine on the other hand and it will keep running fine for months and months and months... without extra oil ;) The reason is that because of those channels in the cilinder it's much harder to keep it lubricated enough all the time. The 4-stroke engine doesn't have this problem because it has no channel in the cilinder.
  • Because of technical aspects the 2-stroke engine can only have it's intake channel open only half as long as the 4-stroke engine...
  • Listen to the sound of both engines...Doesn't need further explanation I suppose.
It`s all about power, emission, environment and efficiency. People don`t make 2-stroke car because of emission, environment and efficiency as well as MotoGP, but still 2-stroke is the best for power per displacement.
by the way, as i told you earlier, enjoy the singing 1950 2-stroke car ..




Wednesday, July 16, 2008

PES 2008




Pro Evolution Soccer 2008 atau pendeknya PES 08 sememangnya disukai ramai bagi yg sukakan bola sepak dalam genre sport video games tak kira platform, pc, ps3 , psp , nintendo mahupon xbox 360. Seperti edisi edisi yang lalu PES menjadi saingan kepada FIFA EA sport dalam video game sukan yang sama. Seperti yang kita sedia maklum bagi peminat PES .. terdapat 5 level dlm difficulty game ini. beginner, amateur, regular, pro dan top player. Bagi yg otai level top player itu sememangnya tahap playable, adakalanya menang dan sebaliknya bergantung kepada tahap team yang bermain dan juga skill invidividu tersebut. Adakalanya juga tahap top player begitu sengal sekali sehingga possession bola diconquer tak beragak walaupon secara relatif team yg bermain lebih kuat dari team kom. Kesengalan ini ternyata memberikan tekanan, hilang objektif game utk menghilangkan release tension belajar.. bajet je..
Tatkala itu juga timbul idea akibat kebosanan untuk bermain dengan level beginner. Level ini pon terlalu sengal kerana org yg tak main PES pon buleh blasah level ini. Goalkeeper pun boleh hatrik .Tapi , tak mengapalah secara bercoret diblog ni. Kesengalan itu telah pon dibuktikan dengan vid dibawah ini.. huhu..




Tuesday, July 8, 2008

Feel the Performance



Rentetan topik post sebelum ni, overclock your machine.. apakah benar dengan overclock komputer korang dapat meningkatkan performance?? well, semua bergantung kepada aplikasi yang digunakan, secara asasnya peningkatan performance terasa pada penggunaan 3D application contohnya, games, 3D workstation, dan program yg berat2 yg lain, jgnlah pulak harapkan respond time utk IE atau firefox jadik lagi singkat disebabkan overclock.. kehkeh.. . Secara tipikalnya, overclocker overclock diorg punya PC sebab 2 perkara.. pertamanya nak tingkatkan fps atau frame per second bagi game graphic superb dan latest yg diorg main yg mana memakan resource kom yg besar. Tapi sebenarnya bergantung pada gandingan vga cpu & ram . Apa-apa hal pon, kita constant kan vga& ram dan jadikkan cpu frekuensi sebagai variable.
Keduanya, dengan overclock ntah dari mana kepuasan hati datang menusuk kalbu apabila hasil overclock berjaya dengan risiko kom crash dan komponen rosak. Perumpamaan yg mudah leh dibuat , kenapa org bawak laju kat jalan raya risiko nyawa sendiri walaupon diorg ada masa yang banyak dah tak perlu nak tergesa2, dah tentu kepuasan... kehkeh. Begitu jugek lah dlm PC hardware ni.
Rasenya tak lengkap kalo takde bukti yang mengatakan overclock ni meningkatkan performance. Overclock yg gua buat ni hanya oc cpu sahaja, tak oc vga walaupon graphic korang
buleh diOCkan. Gambar diatas adalah benchmark program bernama Aquamark yg digunakan utk carik beza default setting dan OC setting. Gambar diatas tu adalah default setting tanpa sebarang OC, so jika dilihat score 88ribu tu bererti 88fps. Dibawah pulak diOC berjaya menjadik 99 fps utk resolution yg sama. Dipendekkan crite, semakin tinggi nilai fps , semakin smooth game tu utk dimainkan.. huhu.. So terbukti OC tingkat kan performance utk lebih kurang 13% utk 18% OC.

For details, OCed jentera low bajet gua ni :
AMD Athlon 64 X2 4200@2.64Ghz
XFX GeForce 7900GT
ASUS M2N-E nvidia 570
G.Skill PC2-6400 CL4

Thursday, June 26, 2008

Overclock your machine


Overclocker di luar sana, semestinya bermacam- mcm skill diorang ada untuk mendapat kepuasan dalam memaksimakan potensi jentera cyber masing2 , tak kira lah high end, mid range atau low budget jentera skali pon, setiap komponen tu ada potensi overclock tersendiri walaupon sedikit, dan sudah pastinya tiada tandingan bagi high end jentera yg harga 2-3 kali ganda elaun gua kat bumi sonata musim salju ni. Ni je gua mampu, X2 4200 utk peminat AMD.. mid range time beli dulu, skang ni dah dikira low budget komp..adeh..
Kpd yg kurang tau apa itu overclock.. gua explain dgn ringkas nyer.. istilah overclock adalah ubah dan tingkatkan frekuensi komponen komp. lebih dari factory setting utk tingkatkan performance kom. typically dlm 10-20% .. contohnya default kom adalah 2.2Ghz, dan upkan sehingga 2.4 atau lebih. Gambar sebelah ni default factory kom gua. Overclock ni ada pro dan kontranya, performance kom lebih mantap skit tanpa kluarkan duit tapi stability dikorbankan sedikit dan utk jangka panjang hayat nya pon jadik pendek sebab musuh utama overclocking ni ialah haba dan kepanasan. Bayangkan enjin kete asyik redline je.. tak ke jahanam kete tu kan... cara nak ubah nya.. adjust bus speed dan multiplier yg akan ubah core speed dan Hyper Transport link bg AMD. Intel pulak ada skill tersendiri utk overclock .
Tak nak bercerita panjang lah camner jentera dioptimizekan.. kalo diperhatikan voltage gambar bawah lagi tinggi dari atas sebab utk kestabilan frekuensi yg lebih tinggi, dan perhatikan core speed dah jadik 2.6Ghz dari 2.2Ghz.. lebih kurang 18% overclock, ni je yang termampu, mobo support smpai ni je walaupon RAM gua buleh handle lagi. walaupon HT frekuensi lagi rendeh dari default ,tu tak mempengaruhi performance. Nilai yg paling penting adalah core speed. Pendek kata, potensi overclock yg tinggi bergantung pada kompenan best yg mahal, dan jugak skill..
Gambar bawah skali lak.. tunjuk bus speed yg paling tinggi yg mampu dihandle mobo. Cara nak cariknya.. ubah value nya sampai kom crash. So dari situ kita dapat baget komponen lain jadi punca jika kom crash.
So, nak dipendekkan crite lagi, overclocking dipengaruhi oleh cpu tu sendiri, voltage control dlm mobo, front side bus, ram voltage, latency ram, psu, dan cooling system. Oklah letih ah taip, sambung next post..

Monday, June 23, 2008

Burnout of the Hyosung

Mengimbas kembali bulan 9 tahun lepas 2007, sebelum bermulanya final semester Dongyang Technical College, Seoul (DYTC), dan sebelum transfernya aku ke Korea Universiti ini, kebosanan aku dan rakan-rakan yang bermotor mencetuskan idea melakukan aksi burnout yang jelas nyata tak berfaedah dan sekadar menipiskan dan merugikan tayar motosikal, tapi kepuasan dirasai...huhuhu

The Science of Burnout.. huhu.. burnout motosikal mahupon kereta akan terjadi apabila daya penghasilan tork enjin melebihi daya geseran tayar dan jalan sekaligus menghasilkan kondusi gelincir.. adeh.. susah gak guna istilah BM .. guna istilah BI jelah... Caranya mudah, tekan brek depan sekemasnya supaya tak gerak moto tu, pastu puas minyak secukup rasa, kawal clutch. Pada kadar rpm rendah penghasilan force dari engine struggle untuk menggerakkan moto. Pada masa tu, friction masih lagi menguasai.



Apabila force yang ditarik rantai moto dah sama dan lebih dari friction jalan dan tayar, maka situasi menjadi slipping condition.. bermula daripada itu, tayar berputar tanpa moto bergerak dan haba dihasilkan dari geseran itu maka asap tayar yang busuk menusuk lubang2 hidung kami sekaligus menipiskan permukaan tayar.. tapi apa yang penting,entah dari mana datangnya keseronokan menusuk sanubari di tengah malam di sebuah taman rekreasi bandar raya Seoul. Keseronokan yang dirasai dibuktikan vid di bawah ni.. pendek kata struggle jugak aku mengexplainkan aktiviti itu.. dan apa yang pasti kami bukan mat rempit durjana yang mungkin pernah anda bayangkan..

Sunday, June 22, 2008

Auto


Sejak azali lagi untuk hidup manusia perlu bergerak,bergerak dalam melakukan aktiviti harian tak kira jauh ataupon dekat, dan oleh itu manusia memerlukan pengangkutan. Dalam kreativiti,innovasi dan inteligent manusia tu sendiri, terciptalah industri automotif.
Apabila menyebut tentang automotif,ramai yang fikirkan kereta .Tetapi istilah automotif atau automotive dalam Bahasa Inggeris tidak hanya meliputi kereta semata-mata, malah juga motosikal.Industri automotif dalam istilah sebenarnya ialah industri reka bentuk
reka cipta, pembangunan inovatif, pembuatan dan pemasaran yang melibatkan kenderaan bermotor tidak kira berapa tayar sekali pun, asalkan berasaskan enjin pembakaran dalaman, atau widely used in english, internal combustion enjin yang dah pun dicipta beberapa ratus tahun dulu. Tapi,untuk kini dan masa depan enjin elektrik juga termasuk dalam istilah ini memandangkan manusia lepas ni kita takkan bergantung lagi
kepada crude oil yang makin lama makin sikit dalam bumi ni. Bagi Malaysia ada org kata minyak akan habis 20tahun lagi. Lepas daripada tak tau lah apa nak jadi. Negara negara maju sekarang ni pun, dah macam macam research untuk future cars yang bergantung kepada alternatif fuel,
hidrogen guna eletrolisis ke, fuel cell ke, bateri ke, pendek kata mesra alam lah katakan. At the same time, Malaysia dalam kekeluhan rakyat akibat harga minyak naik still tak nampak atau tidak ada inisiatif research for future, or maybe aku je yang tak tahu. Simple example, our beloved Malaysia automaker, PROTON R&D tak ada kemajuan pun . Jangan hanya sekadar beli teknologi dari luar, in short ,look forward lah. Mungkin PRoton tak salah, yang salah bagaimana cara pemimpin yang menerajui Proton itu sendiri. Bukan rakyat Malaysia je merungut harga mahal tapi kualiti kurang, Jeremy Clarkson pun kutuk kat Top Gear, Proton dan Perodua sama kena kutuk. He said "built without soul,spirit and passion" dan "made by corporation that simply want to make money"..huhu. Kalau difikirkan ada betul dan ada salahnya. Yang betulnya kereta malaysia dibuat kurang kualiti dan yang salahnya dia tak boleh expect high class cars macam big capasity cars. Apa2 pon rasa marah ada jugak sebab dia kutuk barang kita. So ambil yang baik buang yang burukkan. Tunggu apa lagi, masa untuk berubah!!

Perpindahan blog

huhu... akhirnya setelah ditangguh tangguh siap gak pemindahan blog aku dari friendster blog ke blogspot ni yang mana lebih menarik ,lebih popular, releven,dan ape lagi ek.. pendek kate mantap lagi dari blog2 yg lain..

yeah.. sume info2 dan artikel blog gua dari fs pon dah pon dipindahkan... so pasni aku nak rancakkan lagi berblog kalo boleh memandangkan ni salah satu trend masakini yg menunjukkan
hak dan kebebasan bersuara.. tapi aku rasa blog yg aku buat ni takde lah nak tunjukkan bersuara sgt...haha.. sekadar memenuhi masa lapang sambil berfikir secara terbuka dan meluaskan minda serta meluahkan perasaan atau info atau diari atau ape2 skali pon..

Wednesday, May 21, 2008

A review of what a blog is..

A blog is a personal diary. A daily pulpit. A collaborative space. A political soapbox. A breaking-news outlet. A collection of links. Your own private thoughts. Memos to the world.

Your blog is whatever you want it to be. There are millions of them, in all shapes and sizes, and there are no real rules.

In simple terms, a blog is a web site, where you write stuff on an ongoing basis. New stuff shows up at the top, so your visitors can read what's new. Then they comment on it or link to it or email you. Or not.

Since Blogger was launched in 1999, blogs have reshaped the web, impacted politics, shaken up journalism, and enabled millions of people to have a voice and connect with others.

And we're pretty sure the whole deal is just getting started.

A blog gives you your own voice on the web. It's a place to collect and share things that you find interesting— whether it's your political commentary, a personal diary, or links to web sites you want to remember.

Many people use a blog just to organize their own thoughts, while others command influential, worldwide audiences of thousands. Professional and amateur journalists use blogs to publish breaking news, while personal journalers reveal inner thoughts.

Whatever you have to say, Blogger can help you say it.