Wednesday, September 26, 2007
what would you do if you are in dilemma?
as a muslim its a compulsory to go back the way of islam teach us what we need to do if we lost dont know how to think.. what to do... where to go.... back to the basic.. Allah is always with us.. that how i try to handle myself.. seems easy to say right.. solat istikharah.. insyallah it`ll help us making decision.. as for me.. transferring credits my course to be kodeian.. or hanyangian really ...... damn... dont know which one to choose... still.. the best for me or for both universities..
the next thing is how not to compromise with urself...the really kind of person u r beneath ur heart.. ur mind.. ur soul.. ur everything.. fix urself before being urself.. well.. i use `urself` instead of `myself` seems its kinda weird when i read this whole thing like i talk to nobody but at least when i use urself i feel like i talk to somebody who has enough time to read this thing.. so.. anyway.. every single person in this world has secret for himself/herself.. some secrets they share with their families.. share with friends.. and some.. only for themselves.. btw.. i just wanna fix myself before being who r realli i am.. just it... nothing more than that..
Tuesday, August 7, 2007
Rasuah di Malaysia
Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada perasmian Sidang Parlimen bulan ini menyeru supaya setiap rakyat dan penduduk Malaysia jangan menggalakkan amalan rasuah – jangan memberi, jangan menerima dan jangan menguruskan amalan rasuah.
Ketiga-tiga golongan ini iaitu pemberi, penerima dan orang perantaraan yang menguruskan pemberian rasuah itu adalah sama saja kategorinya dan dosanya. Itulah pandangan Islam tentang jenayah ini.
Titah itu adalah penerusan keinginan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi sejak menjelang menjadi Perdana Menteri lagi. Ia satu keinginan yang baik. Dari syafaat yang diberi kepada umat Nabi Muhammad s.a.w., apabila berniat saja untuk berbuat kebaikan, maka sudah ada pahala. Jika ia tidak dilaksana, pahala itu tidak digugurkan. Jika ia dilaksanakan, maka berganda-gandalah pahala.
Tetapi sekadar hendakkan pahala bercadang memerangi rasuah, sedang tiada cadangan untuk melaksanakannya, maka pahala niat itu payah diperolehi. Niat seperti itu tidak diyakini ikhlas. Amal yang tidak ikhlas seperti tidak beramal.
Apa yang dikatakan dasar antirasuah pentadbiran sekarang dirasakan seperti satu usaha untuk mendapat pahala niat, sedang tidak diyakini niat itu hendak dilaksanakan.
Adalah benar bukan suatu yang senang untuk membuktikan sesuatu kes rasuah. Tetapi kes yang dikatakan diyakini kuat buktinya pun tidak ada tindakan juga. Contohnya, seorang menteri semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri diyakini melakukan rasuah, dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir pun baru-baru ini menyatakan menteri itu pengamal rasuah.
Tiada apa-apa cadangan dari pentadbiran sekarang untuk melihat kes menteri ini. Apa yang dipercayai oleh Anwar dan Dr. Mahathir belum boleh disabitkan rasuah selagi mahkamah tidak mensabitkannya.
Tetapi persepsi umum terhadap kenyataan dua orang pemimpin itu, cukup untuk mempercayai bahawa hasrat pentadbiran sekarang untuk memerangi rasuah adalah suatu rong-rong saja. Rong-rong bukanlah dasar, sebaliknya adalah satu propaganda.
Rasuah adalah satu amalan mungkar. Maksud sabda Rasulullah s.a.w., setiap maksiat hendak dicegah dengan tangan atau dengan perkataan atau dengan menunjukkan kebencian dalam hati. Kebencian dalam hati adalah selemah-lemah iman.
Apa yang dapat dikatakan terhadap dasar antirasuah kerajaan sekarang kiranya betul ia bencikannya seperti yang terkandung dalam Titah Diraja di Parlilmen itu adalah sama darjatnya dengan selemah-lemah iman.
Dengan menjadikan kebencian kepada rasuah itu tidak sekadar yang dinyatakan dalam hati, malah disebutkan juga dengan lidah, mungkin tidaklah boleh disifatkan ia selemah-lemah dasar atau iman, tetapi paling baik ia tetap satu dasar yang lemah. Dasar yang lemah adalah lebih baik dari selemah-lemah dasar.
Niat, dasar dan iman tidak memberi apa-apa erti tanpa amal dan tindakan. Tiada apa ertinya bagi seorang yang beriman jika dia tidak beramal dengan imannya.
Justeru itu al-Quran menyarankan amar makruf disekalikan dengan nahi mungkar. Menyeru membenci rasuah seperti yang dititahkan itu adalah satu kerja amar makruf. Tetapi kebaikan dari amar makruf untuk membenci rasuah itu tidak akan menemui sasarannya jika tiada tindakan susulan nahi mungkar atau langkah mencegahnya.
Ibu bapa yang beriman wajib menyuruh anak kecilnya solat. Bertuahlah mereka apabila anak kecilnya solat seperti yang disuruhnya. Tetapi kalau sampai usia sepuluh tahun dia tidak solat juga, maka rotan anak itu. Kalau tidak dirotan anak itu, ibu bapa itu dengan sendirinya menjadi orang yang berdosa sekalipun mereka menyuruhnya solat.
Titah Diraja itu baik dan perlu disokong. Jangan ada lagi yang suka memberi rasuah dan jangan ada juga yang sedia menerimanya. Jangan ada juga orang yang ketiga yang mengatur amalan rasuah. Tetapi titah itu akan menjadi kenyataan apabila ia diikuti dengan tindakan pencegahan.
Kalau tiada langkah pencegahan, titah yang biak itu tidak memberi apa-apa makna. Allah menyediakan pahala dan syurga bagi setiap kerja amar makruf dan menjanji dosa dan neraka bagi yang melanggar perintah-Nya. Dengan amaran azab neraka yang tidak siapa yang berdosa dapat lari daripadanya, maka tetap juga neraka penuh dengan penghuninya.
Maka apalah yang memungkinkan hamba rakyat mendengar seruan raja dan pemimpin kiranya tiada langkah menyekat amalan buruk itu.
Kerajaan sudah mengadakan undang-undang mencegah rasuah. Di bawahnya ditubuhkan BPR. Diasingnya BPR dengan perkhidmatan polis. Diadakah penjara untuk mengurung orang-orang rasuah. Tetapi kalau tiada tindakan tegas diambil, maka semua yang disediakan itu tidak memberi guna. Ia sama seperti mendirikan sekolah dan menyediakan peralatan terbaik tetapi guru-guru tak mengajar. Atau mendirikan masjid tetapi dikunci pintu dan tingkapnya.
Tidak adil untuk mengatakan BPR tidak membuat kerja. Tidak juga adil mengatakan petugas pencegah rasuah tidak cekap. Tetapi hakikat yang berlaku, rasuah adalah lebih maju dari kemajuan prasarana negara. Malaysia mulai hampir dapat mengejar Indonesia, Filipina dan Thailand dalam peningkatan rasuah.
Semua peralatan untuk menangani rasuah telah sedia, tetapi indeks rasuah melambung tinggi. Mengapa? Kerana Malaysia sehingga ini belum ada pemimpin yang berani menolak pemberian, menggalak pemberian dan penerimaannya dan memejamkan mata terhadap urusan rasuah.
Dan lebih-lebih lagi kesalahan rasuah tidak langsung dihubung-kaitkan dengan konsep dosa dan pahala. Rasuah tidak dilihat sebagai satu jenayah syariah dan dijauhkan dari urusan agama. Ia ditadbirkan secara sekular dan sekular itu sendiri adalah jenayah.
Apabila pemerintah menjauhkan urusannya dari peraturan Allah, maka Allah jauhkan rahmat dan keberkatan dari negara, umat dan pentadbiran.
Sunday, June 17, 2007
Sistem Pendidikan Negara.. ke mana arah.?
Pembinaan modal insan yang berkualiti mempunyai kaitan yang langsung dengan sistem pendidikan negara dan kini wujud kebimbangan betapa sistem pendidikan di negara ini makin kehilangan hala tujunya.
Menurut Abdul Fatah Haron (PAS-Rantau Panjang), hal ini terbukti benar apabila sekitar 60,000 graduan terutama dari Institusi Pengajian Tinggi Awam yang masih menganggur. "Pada masa yang sama wujudnya keadaan ini dikaitkan dengan isu kualiti kursus-kursus yang ditawarkan di IPTA yang tidak mesra pasaran, 'out of date' (ketinggalan zaman) dan sebagainya. Penggunaan bahasa Inggeris telah dijadikan kambing hitam dan dalam pada itu pelajar serta pensyarah di IPTA tidak mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik,"katanya.
Jelasnya lagi, mengikut laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam The Sun pada 20 Mac 2007 pendidikan tinggi Malaysia telah melangkah jauh ke hadapan dalam mana pada tahun 2002 sebanyak 11.1% daripada penduduk Malaysia mempunyai ijazah dari institusi pengajian tinggi. Menurutnya, angka ini agak menakjubkan kerana pada tahun 1995 hanya 6.2% rakyat Malaysia memiliki pendidikan tinggi. Dalam jangka masa tujuh tahun lagi iaitu pada 2014 berdasarkan kepada perkembangan sekarang ini rakyat Malaysia yang memiliki pendidikan tinggi ialah sekitar 22%.
"Pencapaian ini sama dengan apa yang dimiliki oleh negara-negara maju sekarang seperti USA 29%, Korea Selatan 22%, Denmark 25%, Canada 22%. Cuma yang dikhuatiri ialah pertambahan yang pesat ini hanyalah pertambahan dalam konteks angka atau nombor yang tidak selari dengan peningkatan kualiti,"katanya.
Sementara itu, dalam mengupas isu perlaksanaan bahasa Inggeris bagi subjek sains dan matematik beliau menyatakan pertukaran daripada penekanan terhadap bahasa Melayu ke bahasa Inggeris telah menjadi rojak dalam sistem pendidikan negara.
Menurut beliau, pelajar-pelajar Sains tahun pertama di IPTA sedang berdepan dengan dilema kerana kuliah masih dicampur aduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris tetapi dalam peperiksaan akhir mereka mesti menjawab dalam bahasa Inggeris sahaja.
Sebahagian besar daripada mangsa adalah pelajar bumiputera kerana perancangan tersebut lebih digerakkan oleh elemen autokrasi dan perancangan bentuk ini tidak mungkin akan menjurus kepada lahirnya meritokrasi dalam sistem pendidikan itu sendiri.
p/s: apa cerita dah semua ni, macam mana negara nak maju..?!
Sumber Asli Harakahdaily.netFriday, April 6, 2007
Korupsi
Ke mana arah sistem pendidikan negara kita ni..
Siapa yang menjadi mangsa sistem pendidikan negara yang tak pernah tetap pendirian dalam menuju wawasan 2020 ni... generasi akan dtg jugak.. dari dulu macam macam NGO pihak membantah penggunaan bahasa inggeris dalam pembelajaran di sekolah.. tak kira melayu ke cina ke india ke..apalah.. mana pergi bahasa melayu.. bahasa melayu bahasa ibunda tanah melayu yang dipertuankan org melayu makin hari makin rosak dan lupus. . alasan guna bahasa inggeris nak maju cepat.. tapi yg dipertaruhkan bahasa ibunda sendiri.. berdasarkan pengalaman aku sendiri.. pemikiran org atasan malaysia ni hanya berdasarkan instant benefits lah.. tu aku dah masukkan bahasa inggeris tu.. entahlah.. secara tak sengaja pulak.. aku bagi contoh yang mudahlah.. kita sedia maklum kita negara kita dapat buat kereta lebih kurang 20 tahun yang lalu.. cayalah .. the point is selepas 15 tahun buat kereta pon.. enjin pun tak dapat buat lagi.. arghh.. semuanya beli teknologi dari luar.. memang tak salah beli dari luar.. tapi takkan sampai kiamat nak beli teknolgi dari luar.. kelemahannya ialah kenapa tidak ada penyelidikan yg detail dalam setiap sektor atau bidang tu. cthnya kita ada `board of engineers`.. pergh.. bunyi sedap .. golongon professional katakan.. disini bukan aku nak condemn BEM ni.. BEM adalah golongon macho dalam malaysia yang sebenarnya golongon yang berjasa dlm malaysia sejak 1972 lagi. Cita cita aku pun nak join diorang.. aku ambik mech.eng so kalo balik malaysia tak diiktiraf diorg .. u got nothinglah.. kerja kat overc lah jawabnya.. tak pun jadi usahawan ke.. hish aku dah lari dari point dah ni.. ok back to the point... the point is yang menjadi kelemahan BEM ni ialah corrupted politics.. what would u do if u r in the middle of corrupted politics... ko just jadi mangsa keadaaanlah.. tapi sebenarnya BEM mana ada kaitan dgn politik langsung.. saja buat gimik...tak taulah setakat ni kita orang bawahan je.. Minded pemimpin kita ni mereka kurang suppport buat research contohnya buat enjin kereta.. sampai sekarang tiada lagi enjin 100% kita buat sendiri.. semuanya dibeli dah dipasang di Malaysia sahaja .. aku pun tak tau engineer kita ni pandai ke tak pandai buat enjin kereta.. sebab apa kita beli je teknologi.. aku rasa bukan sebab kita tak mampu .. tapi ntahlah..tgk apa jadi dengan PROTON.. argh.. sedih rasanya.. main tukar tukar pemegang saham je.. PROTON setakat ni tak mampu berdaya saing dgn luar lagi.. aku tabik spring lah kat HYUNDAI ngan KIA kat korea ni.. kenapa dirong power dah kita tak boleh power ..arghhhh.. diorg `pow `teknologi luar buat research.. keluarkan produk sendiri.. kalo tak jadi adjust lagi sampai power.. maka jadi power.. tak ke hebat tu... argh..
letihlah taip.. lain kali pulak lah.. `Tiada korupsi tinggi kualiti`
Saturday, March 31, 2007
Masa Depan Bahasa Melayu
Friday, March 30, 2007
Makna di sebalik April Fool
Kesimpulan yang paling mudah daripada kenyataan Mark Twain tersebut tarikh 1 April setiap tahun itu ialah hari untuk usik-mengusik, bergurau-senda atau tipuan olok-olok. Tidak akan ada yang akan marah atau berkecil hati.
Tarikh itu digelar dengan pelbagai nama. Paling umum ialah April’s Look Day. Ada yang memanggilnya dengan April Mop dan di Scotland ia seringkali dikenali sebagai April Gowk.
Walau apapun panggilannya, motif tetap sama. Setiap kali menjelang 1 April, biasanya banyak di antara kita akan begitu sibuk dan terikut-ikut dengan budaya Barat serta bersiap-sedia untuk merayakannya.
Kita merancang untuk menipu orang lain, sahabat atau saudara terdekat. Budaya tersebut begitu erat melekat, seakan-akan pada 1 April tersebut, kita boleh berbuat dosa.
Namun, apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada.
Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.
Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.
Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H.
Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya.
Saya pernah membaca satu pendapat menarik oleh sejarawan Peter Gay dalam bukunya The Cultivation of Hatred yang menyentuh banyak aspek tentang budaya.
Antara lain, Gay menulis; `kesulitan terbesar ialah mengikis sesuatu peristiwa yang telah diterima oleh masyarakat sebagai amalan seharian mereka (budaya).
Beberapa sejarawan lain menganggap pendapat Gay tersebut disebabkan oleh ketaksubannya terhadap teori-teori psikoanalisis oleh Sigmund Freud dan Jacques Lacan hingga beliau melihat proses itu sebagai kandungan kesedaran manusia.
Gay berkesimpulan, setiap lapisan sosial akan membangunkan hegemoni kebudayaan masing-masing dengan tujuan mengatasi kelompok atau etnik lain. ‘Kemenangan’ akan diperoleh selepas kelompok lain menerima budaya yang dikembangkan.
“Kebanggaan terhadap etnik dan kecemasan etnik dalam banyak hal tidak boleh saling dibezakan. Lama kelamaan etnik yang tidak dominan terpaksa menerimanya menjadi satu sikap atau budaya mereka,’’ kata Gay.
Perspektif yang sama turut diutarakan oleh penulis Marxis Itali, Antonio Gramsci dalam koleksi catatannya yang dibukukan, Selections of Prison Notebooks.
Gramsci antara lain berpendapat, hegemoni budaya, selain ekonomi dan sosial adalah salah satu bentuk penjajahan baru ke atas kaum proletarian oleh kelompok borjuis.
Jika pendapat Gay dan Gramsci ini diambil kira, April Fool merupakan salah satu kekalahan masyarakat kita terhadap hegemoni budaya oleh Barat.
Kadang-kadang perspektif bahawa apa sahaja dari Barat dianggap moden. Lalu, masyarakat kita tanpa menapis dan memperincinya terus menerima sebagai budaya. Sehubungan itu, jangan terlalu mempercayai kata-kata Mark Twain bahawa 1 April setiap tahun adalah hari perlu diingati.