Sebut tentang jenayah, terlalu umum untuk diperkatakan. Definisi jenayah agak luas sekiranya tidak dikecilkan skop dan perspektif yang dibincangkan. Tapi tidak kira apa jua kategori jenayah, asasnya sama, melanggar undang-undang, merosakkan kesejahteraan komuniti dan segalanya yang buruk untuk kepentingan sendiri, termasuk jenayah kolar putih.
Geram , benci dan muak mendengar jenayah ragut, rogol , samun, rompak yang boleh dikatakan setiap hari berlaku di tanahair terutama bandar bandar besar. Sudah tentu untuk mencapai jenayah sifar adalah perkara yang mustahil memandangkan bukan semua manusia di permukaan bumi ini baik.Tetapi sekurang kurangnya dapat dikurangkan.
Sepanjang hampir 5 tahun menuntut ilmu di bumi Sonata ini, pernah dibincangkan bersama rakan-rakan kenapa timbul perasaan selamat tinggal di bandar metropolitan Seoul ini berbanding Kuala Lumpur, ibu kota negara sendiri. Jawapannya mungkin pelajar-pelajar disini kurang mengetahui tahap jenayah di Korea ini, atau bandar Seoul ini sememangnya lagi selamat daripada Kuala Lumpur. Pernah juga orang berkata, sekarang lelaki pun tak selamat berjalan berseorangan waktu malam di KL. Tapi disini Alhamdulilah setakat ini , pelajar pelajar Malaysia di sini selamat dan terus selamatlah hendaknya. Bukan ingin memperlekehkan tempat asal usul kita sendiri, tetapi sekadar `benchmark' untuk kepentingan bersama.
Bunuh, ragut, samun dan lain lain jenayah harta benda berlaku di mana mana di dunia ini , semuanya dilakukan majoritinya golongon muda. Kelebihan yang ada dalam sistem pendidikan dan pertahanan Korea ini, secara umumnya, golongan muda selepas 'high school' atau college, university student, mereka diwajibkan latihan tentera selama 2 tahun dan pada masa yang sama menjadi tentera simpanan. Kesempatan itu diambil bagi membina jati diri, displin dan etika yang baik , menjadi decent citizen oleh kerajaan mereka sekaligus mengurangkan potensi jenayah daripada golongan muda ini. Mungkin itulah hikmah bagi negara pernah berperang dengan jirannya yang juga merupakan satu bangsa yang sama, tetapi kerana ideologi darah ditumpah membentuk identiti ideologi yang berbeza. Begitu ironik sekali jika dibanding dengan tahanair kira, pelbagai bangsa satu negara. Bayangkan jika kerajaan kita latihan tentera seperti Korea ini, bising la "parents" di Malaysia.
Satu lagi jenayah bukan harta benda yang begitu membimbangkan. Jenayah yang hanya dilakukan oleh satu jantina terhadap 'opposite sex'. Rakan-rakan pernah tanya, ' Kenapa kadar jenayah 1-way sex di Korea kurang? '' Adakah mereka lebih beriman daripada kita?. Adakah lebih pandai mengawal nafsu daripada orang kita?" Semestinya tidak. Konsepnya senang, premarital sex, seks luar nikah. Jadi, dengan premarital sex, kita dapat mengurangkan kadar jenayah rogol, ? Adakah "2-way road" lagi baik daripada "1- way road"?. Jawapanya semestinya tidak dan tidak.
Allah kurniakan akal dan nafsu kepada manusia. Akal tak diguna, nafsu jadi panduan, maka binatanglah kita. Bagi non-muslim seperti Korea, "premarital sex" bukanlah satu masalah, tetapi bagi mereka itulah salah satu "social life" termasuklah "Legalization of prostitution". Bagi masyarakat kita yang beragama Islam, gaya hidup masyarakat kita terutamanya Melayu tidak seperti masyarakat non-muslim seperti Korea mahupun Barat. Tidak dinafikan kewujudan golongan Melayu jahil yang cara hidupnya tidak ubah seperti kafir, namun perspektif yang ingin diutarakan berdasarkan cara hidup tipikal masyarakat Malaysia atau lebih tepat lagi Melayu Muslim.
Golongon yang mempunyai akal fikiran yang lemah, low education, pegangan iman yang rapuh dan menjadikan Islam hanya sekadar pada nama, mereka inilah golongon tipikal yang memberontak dijiwa mereka seterusnya mendorong melakukan jenayah 1-way sex itu . Pendek kata, penghayatan Islam yang lemah menjadikan kehidupan hilang arah. Semuanya perlu ditangani secara holistik. Erm.. holistik... Baru- baru ini, PM kita kata jenayah seperti ragut perlu ditangani secara holistik. Sepatutnya, dasar kerajaan itu sendiri yang perlu berasaskan Islam untuk menerajui negara. Hukum Hudud? Fikir-fikirkanlah. Baru sekarang nak difikirkan cara pencegahannya. Jadi ini adakah ini sudah menjawab soalan topik di atas dan pemimpin perlu persalahkan?. Penggubahan undang - undang dan dasar kerajaan yang drastik mampu menangani masalah sociomasyarakat ini?. Mari fikirkan bersama. Mengapa?, Why?, 왜?.. because we do care and love our country!!!
Friday, May 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
PM ckp tangani secara holistik..masalahnya brape ramai yg paham ape makna holistik tuh? ckp nk bg nmpk bombastik jer perkataan..tp maksud yg nak disampaikan tak tercapai takde pekdah gak..hoho
"Sepatutnya, dasar kerajaan itu sendiri yang perlu berasaskan Islam untuk menerajui negara.."
Salam..em..good point..i know wat u r trying to say..bt,wat do u think about our politics n leaders now?it's very hard to have a leader who really wants n sincere to change the situation now..even the leader who said that they will stand for Islam also not really act the way Islam wants us to be..they use Islam (mempolitikkan Islam,but not m'Islamkan politik)..to gain votes..n yet dont really understand wat they are doing..they are just following their pakatan's aim, make us divided..loosen our ukhuwah..in the end,malays n more important,muslims..will gone..nauzubillah.
so..what's left for us to choose?
Post a Comment