Sunday, June 22, 2008
Auto
Sejak azali lagi untuk hidup manusia perlu bergerak,bergerak dalam melakukan aktiviti harian tak kira jauh ataupon dekat, dan oleh itu manusia memerlukan pengangkutan. Dalam kreativiti,innovasi dan inteligent manusia tu sendiri, terciptalah industri automotif.
Apabila menyebut tentang automotif,ramai yang fikirkan kereta .Tetapi istilah automotif atau automotive dalam Bahasa Inggeris tidak hanya meliputi kereta semata-mata, malah juga motosikal.Industri automotif dalam istilah sebenarnya ialah industri reka bentuk
reka cipta, pembangunan inovatif, pembuatan dan pemasaran yang melibatkan kenderaan bermotor tidak kira berapa tayar sekali pun, asalkan berasaskan enjin pembakaran dalaman, atau widely used in english, internal combustion enjin yang dah pun dicipta beberapa ratus tahun dulu. Tapi,untuk kini dan masa depan enjin elektrik juga termasuk dalam istilah ini memandangkan manusia lepas ni kita takkan bergantung lagi
kepada crude oil yang makin lama makin sikit dalam bumi ni. Bagi Malaysia ada org kata minyak akan habis 20tahun lagi. Lepas daripada tak tau lah apa nak jadi. Negara negara maju sekarang ni pun, dah macam macam research untuk future cars yang bergantung kepada alternatif fuel,
hidrogen guna eletrolisis ke, fuel cell ke, bateri ke, pendek kata mesra alam lah katakan. At the same time, Malaysia dalam kekeluhan rakyat akibat harga minyak naik still tak nampak atau tidak ada inisiatif research for future, or maybe aku je yang tak tahu. Simple example, our beloved Malaysia automaker, PROTON R&D tak ada kemajuan pun . Jangan hanya sekadar beli teknologi dari luar, in short ,look forward lah. Mungkin PRoton tak salah, yang salah bagaimana cara pemimpin yang menerajui Proton itu sendiri. Bukan rakyat Malaysia je merungut harga mahal tapi kualiti kurang, Jeremy Clarkson pun kutuk kat Top Gear, Proton dan Perodua sama kena kutuk. He said "built without soul,spirit and passion" dan "made by corporation that simply want to make money"..huhu. Kalau difikirkan ada betul dan ada salahnya. Yang betulnya kereta malaysia dibuat kurang kualiti dan yang salahnya dia tak boleh expect high class cars macam big capasity cars. Apa2 pon rasa marah ada jugak sebab dia kutuk barang kita. So ambil yang baik buang yang burukkan. Tunggu apa lagi, masa untuk berubah!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment