Monday, June 23, 2008

Burnout of the Hyosung

Mengimbas kembali bulan 9 tahun lepas 2007, sebelum bermulanya final semester Dongyang Technical College, Seoul (DYTC), dan sebelum transfernya aku ke Korea Universiti ini, kebosanan aku dan rakan-rakan yang bermotor mencetuskan idea melakukan aksi burnout yang jelas nyata tak berfaedah dan sekadar menipiskan dan merugikan tayar motosikal, tapi kepuasan dirasai...huhuhu

The Science of Burnout.. huhu.. burnout motosikal mahupon kereta akan terjadi apabila daya penghasilan tork enjin melebihi daya geseran tayar dan jalan sekaligus menghasilkan kondusi gelincir.. adeh.. susah gak guna istilah BM .. guna istilah BI jelah... Caranya mudah, tekan brek depan sekemasnya supaya tak gerak moto tu, pastu puas minyak secukup rasa, kawal clutch. Pada kadar rpm rendah penghasilan force dari engine struggle untuk menggerakkan moto. Pada masa tu, friction masih lagi menguasai.



Apabila force yang ditarik rantai moto dah sama dan lebih dari friction jalan dan tayar, maka situasi menjadi slipping condition.. bermula daripada itu, tayar berputar tanpa moto bergerak dan haba dihasilkan dari geseran itu maka asap tayar yang busuk menusuk lubang2 hidung kami sekaligus menipiskan permukaan tayar.. tapi apa yang penting,entah dari mana datangnya keseronokan menusuk sanubari di tengah malam di sebuah taman rekreasi bandar raya Seoul. Keseronokan yang dirasai dibuktikan vid di bawah ni.. pendek kata struggle jugak aku mengexplainkan aktiviti itu.. dan apa yang pasti kami bukan mat rempit durjana yang mungkin pernah anda bayangkan..

0 comments: