Saturday, March 31, 2007
Masa Depan Bahasa Melayu
Apa sudah terjadi kepada bahasa Melayu sekarang? Semua pemimpin negara, pegawai-pegawai tinggi kerajaan, ahli-ahli koporat bercakap bahasa Inggeris dalam siaran-siaran televisyen, dalam mesyuarat, hatta sesama mereka di mana-mana pun. Pada masa kepimpinan Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir, Hussein Onn, apa lagi Tun Abdul Razak dan Tunku Abdul Rahman, bahasa Melayu begitu disanjung tinggi. Jarang sekali kita dengar para pemimpin itu bertutur bahasa Inggeris! Di sekolah sehingga ke universiti mulai tahun hadapan akan menggunakan bahasa Inggeris untuk mata pelajaran Sains dan Matematik. Sedangkan dalam tahun-tahun 80an bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar hingga ke universiti. Di manakah jadi diri dan maruah bangsa dan pemimpin negara kita? Bukankah negara-negara maju seperti Jepun, Korea, China, Jerman, Perancis, Rusia dan Itali begitu memartabatkan bahasa ibunda negara masing-masing. Begitu juga negara-negara tetangga kita Thailand dan Indonesia, begitu kukuh memartabatkan bahasa ibunda mereka. Mengapa negara kita yang suatu ketika dulu dijajah oleh Inggeris, setelah merdeka bersusah-payah mermartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara sehingga ke universiti, sekarang ini kembali menggunakan bahasa Inggeris? Apakah negara ini telah dijajah kembali? Dan penjajah itu bukankah bangsa kita sendiri? Apabila melihat kepada keadaan tersebut, ramai para cendikiawan Melayu (lebih 50 orang Profesor dan Doktor persuratan Melayu) mengadakan beberapa kali kongres iaitu Kongres Bahasa dan Pendidikan Melayu, Kongres Agenda Melayu, Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu ke IX memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu, akan tetapi terdapat di antara kongres itu, hanya dua hari setelah resolusi yang dikirimkan kepada kerajaan ditolak mentah-mentah oleh kabinet! Apa sudah jadi kepada pemimpin-pemimpin kita itu? Ternyata sekali mereka begitu ego, angkuh dan sombong didak mahu menerima pendapat rakyat terutama sekali bangsa Melayu! Sebenarnya tidak semua pendapat mereka benar dan betul. Sebagai contohnya, dalam masa Tan Sri Khir Johari (allahyarham) sebagai Menteri Pelajaran, pelajaran jawi dimansuhkan. Akibatnya kebanyakan anak-anak bangsa kita kini tidak dapat membaca dan menulis jawi! Bukankah pelajaran jawi itu sebagai asas utama untuk membaca Al-Quran? Sedangkan bangsa Cina dan India begitu kuat mempertahankan tulisan masing-masing. Tidakkah orang Melayu berasa malu di negaranya sendiri tidak mempunyai tulisan sendiri? Kebanyakan penduduk negara kita sekarang terutama bangsa Melayu kira-kira 75% tinggal di kawasan luar bandar tidak dapat memahami bahasa Inggeris. Jika pemimpin kita menggunakan bahasa Inggeris dapatkah mereka memahami maksudnya? Kita amat malu kepada rakyat negara tetangga kita yang sering bertanya apakah Malaysia sebuah negara Inggeris? Sebab itu untuk mengembalikan kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, sebagai bahasa jati diri dan maruah bangsa, suatu sahaja yang perlu kita lakukan iaitu secara nekad: Kerajaan yang ubah ada ubah dasar pendidikanlah.. (sengal betullah.. kalau tak nak ubah kerajaan... hish..위험 giler bunyi..takut takut..). Kita sering mendengar ucapan daripada Datuk Seri Anuar Ibrahim “Kembali Kepada Bahasa Melayu”. Sewajarnya rakyat negara prihatinlah kepada apa yang berlaku terhadap bahasa Melayu kerana bahasa adalah jiwa bangsa. Lenyap bahasa lenyaplah bangsa. Pemimpin kita kini sudah tidak mempedulikan lagi bahasa Melayu. Mereka begitu kuat dengan pengaruh koporat, mesti menggunakan bahasa Inggeris untuk menghadapi globalisasi. Apakah bangsa-bangsa yang maju itu tidak menghadapi globalisasi? Semua persoalan itu akan menjadi catatan sejarah untuk negara kita suatu hari nanti, andaikata bangsa Melayu ketinggalan dalam lapangan pendidikan dan kehidupan kerana dikuasai bahasa Inggeris. Sejarah tidak dapat dipadam sampai bila-bila!Berubahlah.. sedarlah bangsa Melayu semua,demi bahasa ibunda kita yang tercinta buatlah sesuatu..앗싸..!
Labels:
Kenegaraan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Mohon izin copy article
Post a Comment