Wednesday, July 16, 2008

PES 2008




Pro Evolution Soccer 2008 atau pendeknya PES 08 sememangnya disukai ramai bagi yg sukakan bola sepak dalam genre sport video games tak kira platform, pc, ps3 , psp , nintendo mahupon xbox 360. Seperti edisi edisi yang lalu PES menjadi saingan kepada FIFA EA sport dalam video game sukan yang sama. Seperti yang kita sedia maklum bagi peminat PES .. terdapat 5 level dlm difficulty game ini. beginner, amateur, regular, pro dan top player. Bagi yg otai level top player itu sememangnya tahap playable, adakalanya menang dan sebaliknya bergantung kepada tahap team yang bermain dan juga skill invidividu tersebut. Adakalanya juga tahap top player begitu sengal sekali sehingga possession bola diconquer tak beragak walaupon secara relatif team yg bermain lebih kuat dari team kom. Kesengalan ini ternyata memberikan tekanan, hilang objektif game utk menghilangkan release tension belajar.. bajet je..
Tatkala itu juga timbul idea akibat kebosanan untuk bermain dengan level beginner. Level ini pon terlalu sengal kerana org yg tak main PES pon buleh blasah level ini. Goalkeeper pun boleh hatrik .Tapi , tak mengapalah secara bercoret diblog ni. Kesengalan itu telah pon dibuktikan dengan vid dibawah ini.. huhu..




Tuesday, July 8, 2008

Feel the Performance



Rentetan topik post sebelum ni, overclock your machine.. apakah benar dengan overclock komputer korang dapat meningkatkan performance?? well, semua bergantung kepada aplikasi yang digunakan, secara asasnya peningkatan performance terasa pada penggunaan 3D application contohnya, games, 3D workstation, dan program yg berat2 yg lain, jgnlah pulak harapkan respond time utk IE atau firefox jadik lagi singkat disebabkan overclock.. kehkeh.. . Secara tipikalnya, overclocker overclock diorg punya PC sebab 2 perkara.. pertamanya nak tingkatkan fps atau frame per second bagi game graphic superb dan latest yg diorg main yg mana memakan resource kom yg besar. Tapi sebenarnya bergantung pada gandingan vga cpu & ram . Apa-apa hal pon, kita constant kan vga& ram dan jadikkan cpu frekuensi sebagai variable.
Keduanya, dengan overclock ntah dari mana kepuasan hati datang menusuk kalbu apabila hasil overclock berjaya dengan risiko kom crash dan komponen rosak. Perumpamaan yg mudah leh dibuat , kenapa org bawak laju kat jalan raya risiko nyawa sendiri walaupon diorg ada masa yang banyak dah tak perlu nak tergesa2, dah tentu kepuasan... kehkeh. Begitu jugek lah dlm PC hardware ni.
Rasenya tak lengkap kalo takde bukti yang mengatakan overclock ni meningkatkan performance. Overclock yg gua buat ni hanya oc cpu sahaja, tak oc vga walaupon graphic korang
buleh diOCkan. Gambar diatas adalah benchmark program bernama Aquamark yg digunakan utk carik beza default setting dan OC setting. Gambar diatas tu adalah default setting tanpa sebarang OC, so jika dilihat score 88ribu tu bererti 88fps. Dibawah pulak diOC berjaya menjadik 99 fps utk resolution yg sama. Dipendekkan crite, semakin tinggi nilai fps , semakin smooth game tu utk dimainkan.. huhu.. So terbukti OC tingkat kan performance utk lebih kurang 13% utk 18% OC.

For details, OCed jentera low bajet gua ni :
AMD Athlon 64 X2 4200@2.64Ghz
XFX GeForce 7900GT
ASUS M2N-E nvidia 570
G.Skill PC2-6400 CL4

Thursday, June 26, 2008

Overclock your machine


Overclocker di luar sana, semestinya bermacam- mcm skill diorang ada untuk mendapat kepuasan dalam memaksimakan potensi jentera cyber masing2 , tak kira lah high end, mid range atau low budget jentera skali pon, setiap komponen tu ada potensi overclock tersendiri walaupon sedikit, dan sudah pastinya tiada tandingan bagi high end jentera yg harga 2-3 kali ganda elaun gua kat bumi sonata musim salju ni. Ni je gua mampu, X2 4200 utk peminat AMD.. mid range time beli dulu, skang ni dah dikira low budget komp..adeh..
Kpd yg kurang tau apa itu overclock.. gua explain dgn ringkas nyer.. istilah overclock adalah ubah dan tingkatkan frekuensi komponen komp. lebih dari factory setting utk tingkatkan performance kom. typically dlm 10-20% .. contohnya default kom adalah 2.2Ghz, dan upkan sehingga 2.4 atau lebih. Gambar sebelah ni default factory kom gua. Overclock ni ada pro dan kontranya, performance kom lebih mantap skit tanpa kluarkan duit tapi stability dikorbankan sedikit dan utk jangka panjang hayat nya pon jadik pendek sebab musuh utama overclocking ni ialah haba dan kepanasan. Bayangkan enjin kete asyik redline je.. tak ke jahanam kete tu kan... cara nak ubah nya.. adjust bus speed dan multiplier yg akan ubah core speed dan Hyper Transport link bg AMD. Intel pulak ada skill tersendiri utk overclock .
Tak nak bercerita panjang lah camner jentera dioptimizekan.. kalo diperhatikan voltage gambar bawah lagi tinggi dari atas sebab utk kestabilan frekuensi yg lebih tinggi, dan perhatikan core speed dah jadik 2.6Ghz dari 2.2Ghz.. lebih kurang 18% overclock, ni je yang termampu, mobo support smpai ni je walaupon RAM gua buleh handle lagi. walaupon HT frekuensi lagi rendeh dari default ,tu tak mempengaruhi performance. Nilai yg paling penting adalah core speed. Pendek kata, potensi overclock yg tinggi bergantung pada kompenan best yg mahal, dan jugak skill..
Gambar bawah skali lak.. tunjuk bus speed yg paling tinggi yg mampu dihandle mobo. Cara nak cariknya.. ubah value nya sampai kom crash. So dari situ kita dapat baget komponen lain jadi punca jika kom crash.
So, nak dipendekkan crite lagi, overclocking dipengaruhi oleh cpu tu sendiri, voltage control dlm mobo, front side bus, ram voltage, latency ram, psu, dan cooling system. Oklah letih ah taip, sambung next post..

Monday, June 23, 2008

Burnout of the Hyosung

Mengimbas kembali bulan 9 tahun lepas 2007, sebelum bermulanya final semester Dongyang Technical College, Seoul (DYTC), dan sebelum transfernya aku ke Korea Universiti ini, kebosanan aku dan rakan-rakan yang bermotor mencetuskan idea melakukan aksi burnout yang jelas nyata tak berfaedah dan sekadar menipiskan dan merugikan tayar motosikal, tapi kepuasan dirasai...huhuhu

The Science of Burnout.. huhu.. burnout motosikal mahupon kereta akan terjadi apabila daya penghasilan tork enjin melebihi daya geseran tayar dan jalan sekaligus menghasilkan kondusi gelincir.. adeh.. susah gak guna istilah BM .. guna istilah BI jelah... Caranya mudah, tekan brek depan sekemasnya supaya tak gerak moto tu, pastu puas minyak secukup rasa, kawal clutch. Pada kadar rpm rendah penghasilan force dari engine struggle untuk menggerakkan moto. Pada masa tu, friction masih lagi menguasai.



Apabila force yang ditarik rantai moto dah sama dan lebih dari friction jalan dan tayar, maka situasi menjadi slipping condition.. bermula daripada itu, tayar berputar tanpa moto bergerak dan haba dihasilkan dari geseran itu maka asap tayar yang busuk menusuk lubang2 hidung kami sekaligus menipiskan permukaan tayar.. tapi apa yang penting,entah dari mana datangnya keseronokan menusuk sanubari di tengah malam di sebuah taman rekreasi bandar raya Seoul. Keseronokan yang dirasai dibuktikan vid di bawah ni.. pendek kata struggle jugak aku mengexplainkan aktiviti itu.. dan apa yang pasti kami bukan mat rempit durjana yang mungkin pernah anda bayangkan..

Sunday, June 22, 2008

Auto


Sejak azali lagi untuk hidup manusia perlu bergerak,bergerak dalam melakukan aktiviti harian tak kira jauh ataupon dekat, dan oleh itu manusia memerlukan pengangkutan. Dalam kreativiti,innovasi dan inteligent manusia tu sendiri, terciptalah industri automotif.
Apabila menyebut tentang automotif,ramai yang fikirkan kereta .Tetapi istilah automotif atau automotive dalam Bahasa Inggeris tidak hanya meliputi kereta semata-mata, malah juga motosikal.Industri automotif dalam istilah sebenarnya ialah industri reka bentuk
reka cipta, pembangunan inovatif, pembuatan dan pemasaran yang melibatkan kenderaan bermotor tidak kira berapa tayar sekali pun, asalkan berasaskan enjin pembakaran dalaman, atau widely used in english, internal combustion enjin yang dah pun dicipta beberapa ratus tahun dulu. Tapi,untuk kini dan masa depan enjin elektrik juga termasuk dalam istilah ini memandangkan manusia lepas ni kita takkan bergantung lagi
kepada crude oil yang makin lama makin sikit dalam bumi ni. Bagi Malaysia ada org kata minyak akan habis 20tahun lagi. Lepas daripada tak tau lah apa nak jadi. Negara negara maju sekarang ni pun, dah macam macam research untuk future cars yang bergantung kepada alternatif fuel,
hidrogen guna eletrolisis ke, fuel cell ke, bateri ke, pendek kata mesra alam lah katakan. At the same time, Malaysia dalam kekeluhan rakyat akibat harga minyak naik still tak nampak atau tidak ada inisiatif research for future, or maybe aku je yang tak tahu. Simple example, our beloved Malaysia automaker, PROTON R&D tak ada kemajuan pun . Jangan hanya sekadar beli teknologi dari luar, in short ,look forward lah. Mungkin PRoton tak salah, yang salah bagaimana cara pemimpin yang menerajui Proton itu sendiri. Bukan rakyat Malaysia je merungut harga mahal tapi kualiti kurang, Jeremy Clarkson pun kutuk kat Top Gear, Proton dan Perodua sama kena kutuk. He said "built without soul,spirit and passion" dan "made by corporation that simply want to make money"..huhu. Kalau difikirkan ada betul dan ada salahnya. Yang betulnya kereta malaysia dibuat kurang kualiti dan yang salahnya dia tak boleh expect high class cars macam big capasity cars. Apa2 pon rasa marah ada jugak sebab dia kutuk barang kita. So ambil yang baik buang yang burukkan. Tunggu apa lagi, masa untuk berubah!!